Home Entertainment The Tale Of A Nine Tailed Fox 1938 Bakal Tayang Mei Ini

The Tale Of A Nine Tailed Fox 1938 Bakal Tayang Mei Ini

0

tvN telah melepaskan poster The Tale of a Nine Tailed Fox 1938, bakal tayang pada bulan Mei!!

3F92CD03 86B8 4A6C 8853 69BC36FF2063

Akhirnya khabar gembira telah tiba buat para peminat Lee Dong Wook dan drama siri popular Tale of The Nine Tailed! tvN baru sahaja melepaskan poster untuk musim kedua siri tersebut yang bertajuk Tale of the Nine Tailed 1938.

Pelakon kacak Lee Dong Wook akak kembali muncul membawa watak ikoniknya sebagai seorang gumiho untuk Tale of the Nine Tailed 1938. Pada 28 Mac 2023, pihak tvN menambahkan debar dan rasa tertunggu-tunggu para peminat setia Lee Dong Wook apabila mereka dengan rasmi telah berkongsi poster teaser drama siri terbaru tersebut.

6E23D304 F403 4099 96C0 7AAE963E12D6

Baca Lagi: Taxi Driver 2 Menguasai Kedudukan Drama dan Pelakon

Peminat setia sudah tidak sabar mahu menyaksikan Lee Yeon (dilakonkan oleh Lee Dong Wook)! Harapan sangat tinggi diletakkan untuk drama siri ini dan persoalan tentang apakah bakal terjadi pada musim ke-2 ini kerana Lee Yeon akan berada pada tahun 1938 yang penuh kacau bilau!

Cerita fantasi mengenai gumiho benar-benar menarik perhatian ramai penonton dan juga peminat. Memandangkan sambutan yang sangat hangat dan baik diterima pada musim pertama dahulu, dalam masa tiga tahun sahaja drama siri fantasi ini akan melancarkan musim ke-2 yang sememangnya ditunggu-tunggu.

Tale of the Nine Tailed 1938 adalah sebuah kisah fantasi aksi yang menceritakan tentang Lee Yeon yang merupakan seorang gumiho yang terpaksa membuat pendaratan cemas pada tahun 1938 sewaktu zaman kacau bilau sebelum wujudnya zaman moden.

Sinopsis ringkas Tale of the Nine Tailed 1938:
Nampaknya Lee Yeon terlibat dengan sebuah kes yang sukar dan menyebabkan dia terpelanting ke tahun 1938. Pada zaman itu dia berjumpa kembali dengan Ryu Hong Joo (dilakonkan oleh Kim So Yeon).

Dahulu Ryu Hong Joo merupakan penjaga roh gunung di barat, tetapi pada tahun 1938 dia menjadi seorang pemilik sebuah restoran mewah terbaik di Myoyeongak iaitu ibu kota Gyeongseong.

Semasa Ryu Hong Joo bertemu dengan Lee Yeon buat pertama kali dahulu, wanita itu amat terpesona dengan gaya dan keterampilan Lee Yeon, tetapi dia tidak dapat memilikinya. Kini dia berjumpa kembali dengan jejaka itu dan hatinya sungguh bahagia!

Lee Yeon juga berjumpa dengan adik lelakinya iaitu Lee Rang (dilakonkan oleh Kim Bum). Sementara itu Cheon Moo Young (dilakonkan oleh Ryu Kyung Soo) yang merupakan sahabat kepada Lee Yeon sedang berada dalam kesusahan dan Lee Yeon bergelut untuk kembali ke masa hadapan untuk membantu orang-orang yang disayanginya.

Teaser poster Tale of the Nine Tailed 1938 menunjukkan kelibat Lee Yeon yang berada di sebatang jalan asing yang suram dan jajaran papan tanda dalam Bahasa Jepun menunjukkan bahawa dia berada di Gyeongseong pada tahun 1938.

The Tale of a Nine Tailed Fox 1938 akan bersiaran pada 6 Mei nanti. Tunggu sahaja tayangannya!

Baca Juga: 9 Pelakon Korea Yang Pernah Dinobatkan Sebagai Ratu Cantik