Home K - Pop Exy & Seola Ahli Kumpulan Cosmic Girls’ Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

Exy & Seola Ahli Kumpulan Cosmic Girls’ Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

0

Ahli kumpulan Cosmic Girls’, Exy & Seola terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika ingin menghadiri latihan berjadual mereka.

Pada 31 Ogos yang lalu, agensi Cosmic Girls’, Starship Entertainment memaklumkan bahawa Exy & Seola yang ketika itu dalam perjalanan menghadiri latihan berjadual mereka dikatakan telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalanraya. Bagaimanapun, pengurus dan juga ahli kumpulan yang terlibat tidak mengalami kecederaan yang serious tetapi dipindahkan ke bilik rawatan kecemasan untuk pemeriksaan penuh oleh pihak perubatan.

Mereka juga menjelaskan, “Selepas pemeriksaan secara menyeluruh, kedua-dua mereka tidak mengalami kecederaan yang berat tetapi masih memerlukan rawatan tambahan dan masa untuk pulih dari kecederaan otot dan lebam-lebam. Seiring dengan polisi pekerja, kami mengutamakan kesihatan artis di bawah naungan kami dan memberikan yang terbaik untuk mereka pulih supaya tidak mendatangkan masalah pada masa hadapan. Untuk itu, kami akan memaklumkan penjadualan semula untuk mereka pada masa akan datang.

Semoga cepat sembuh ya!

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: “Tak Sengaja Ke Tu?”- NCT Jeno Stalk Mina TWICE di Instagram