Baru-baru ini, Siwon Super Junior dan Yoon Eun Hye telah memuat naik posting di Instagram yang secara tidak langsung menunjukkan “Lovestagram” antara Yoon Eun Hye dan Choi Siwon dan netizen menduga bahawa gambar itu diambil oleh mereka sesama sendiri.

00447698s1

Yoon Eun Hye telah memuat naik di Instagram story nya dengan caption memberi pesanan kepada Choi Siwon yang membahaskan tentang penampilan mereka berdua.

Caption yang ditulis oleh Yoon Eun Hye adalah, “Baju ini dipakai oleh saya pada hari ini, untuk mengambil gambar tetapi saya melihat Choi Siwon juga membuat posting di Instagram nya dan saya ingat itu adalah saya.”

Secara tidak langsung, mereka telah mencetuskan “lovestagram” kerana memakai pakaian yang sama. Seperti yang kita semua ketahui, lovestagram sering diungkap sebagai salah satu cara artis-artis Korea memberitahu kepada umum yang mereka sedang bercinta atau mempunyai hubungan.

Foto lovestagram yang dimaksudkan antara mereka berdua ialah Yoon Eun Hye dan Choi Siwon mengenakan hoodie berwarna hijau yang menutup wajah mereka berdua. Yang menariknya, kedua-dua mereka sedang mengambil gambar seakan selfie di posisi tempat duduk kereta yang sama sehingga mengundang “lovestagram” sendiri buat mereka.

“Adakah ini mungkin mengundang persoalan buat mereka semua?” Yoon Eun Hye bertanyakan Choi Siwon mengenai perkara “lovestagram” ini.

Choi Siwon menjawab yang perkara ini menyenangkan, dan dia tidak malu untuk menunjukkan persahabatan di antara mereka berdua di instagram meskipun nampak malu dengan istilah “lovestagram” yang digunakan untuk mereka berdua kerana posting di Instagram tersebut.

Seperti yang diketahui umum, kedua-dua mereka merupakan teman karib bahkan di Youtube channel milik Yoon Eun Hye pernah menjemput Choi Siwon sebagai tetamu.

Lovestagram yang dibuat oleh Yoon Eun Hye dan Choi Siwon telah dihidu semenjak 2021 lagi. Choi Siwon yang pernah dijangkiti Covid-19 pernah memaparkan status tersebut di Instagram nya dan tidak lama selepas itu Yoon Eun Hye turut memberitahu perkara yang sama. Tidak tahu sama ada mereka berdua bergurau atau memang sedang menjalinkan hubungan secara privasi, tetapi netizen senang akan “lovestagram” yang dilakukan oleh mereka berdua.

Apa kata anda mengenai mereka berdua?

Sumber: Wowkeren.com

Baca artikel terdahulu: Semulajadi Atau Pembedahan Plastik? 

Previous articleSemulajadi Atau Pembedahan Plastik?
Next articleExy & Seola Ahli Kumpulan Cosmic Girls’ Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya