Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Disebalik Kisah Bayi 222 “SQUID GAME 3”, Harapan Terakhir dalam Dunia Permainan...

Disebalik Kisah Bayi 222 “SQUID GAME 3”, Harapan Terakhir dalam Dunia Permainan Maut

0

Squid Game kembali mencuri perhatian ramai setelah tayangan musim ketiganya yang sarat dengan kejutan. Meneruskan kisah dari musim sebelumnya, permainan maut itu kini tampil dengan jalan cerita yang lebih mendebarkan dan menyentuh emosi.

Antara elemen yang paling menarik perhatian penonton kali ini ialah kemunculan seorang bayi yang diumumkan sebagai pemenang Squid Game musim ketiga. Di sebalik kemenangan bayi tersebut, terdapat pengorbanan besar daripada pelbagai pihak, termasuk watak utama, Seong Gi Hun.

Ingin tahu fakta menarik tentang Bayi 222 dalam Squid Game 3 dan sebab bagaimana dia boleh muncul sebagai pemenang? Teruskan membaca untuk mengetahui jawapannya.

1. Melambangkan Harapan Dalam Dunia Yang Gelap

Bayi 222

Fakta pertama mengenai Bayi 222 ialah dia diangkat sebagai simbol harapan dalam dunia yang penuh kekejaman. Menurut Hwang Dong Hyuk, pengarah dan pencipta Squid Game, watak bayi bernama Jun Hee itu menggambarkan kesucian dan harapan yang belum dicemari oleh kejahatan serta kekejaman dunia.

Kemenangan bayi ini bukan sekadar babak emosi yang diselitkan dalam cerita, tetapi turut membawa makna mendalam tentang peri pentingnya nilai-nilai kemanusiaan yang luhur dalam dunia yang kian manipulatif dan tidak berperikemanusiaan.

2. Muncul Sebagai Juara Squid Game

Squid game

Namun, simbolisme semata-mata bukanlah satu-satunya sebab mengapa watak Bayi 222 menjadi istimewa. Perjalanan emosi yang dilalui oleh Jun Hee semasa mengandungkan bayi tersebut hingga bayi itu dinobatkan sebagai pemenang turut menjadi antara babak paling menyayat hati dalam musim ini.

Dalam episod terakhir, Seong Gi Hun, atau dikenali sebagai peserta nombor 456, membuat keputusan untuk mengorbankan dirinya demi menyelamatkan bayi Jun Hee. Tindakan ini bukan dilakukan secara semberono, tetapi kerana beliau telah berikrar untuk melindungi bayi tersebut walau dengan nyawanya sendiri.

Ketika diperintahkan untuk membunuh bayi itu sebagai sebahagian daripada permainan, Gi Hun memilih untuk mempertahankan nilai kemanusiaan, lalu menyerahkan nyawanya sendiri. Keputusan itu menggamit perubahan besar dalam watak Front Man, yang pada awalnya bersifat kejam dan dingin. Tersentuh dengan pengorbanan Gi Hun, Front Man tidak membunuh bayi tersebut, malah menyerahkannya kepada adiknya, Jun Ho, untuk dipelihara dengan penuh kasih sayang.

Demikianlah kisah mengenai Bayi 222 dalam Squid Game musim ketiga. Bukan sekadar simbol harapan, tetapi juga pemenang sejati dalam permainan yang penuh tragedi. Bayi ini bukan sahaja terselamat, bahkan berpeluang dibesarkan oleh seorang lelaki berhati mulia seperti Jun Ho, dan diwarisi dengan kekayaan yang luar biasa.

Apakah pandangan anda mengenai kemenangan Bayi 222? Adakah ini satu penamat yang memuaskan?

Baca lagi: Parasite Dinobatkan Filem Terbaik Abad Ini oleh The New York Times
Baca juga: Anak Sang Pembunuh, Pertarungan Gelap Seo Se Hyun dalam Hunter with a Scalpel, Psikopat Seperti Bapanya?