Home Entertainment Disebabkan Hal Ini, Netizen Percaya Yang Moon Se Hoon Dan Shin Ji...

Disebabkan Hal Ini, Netizen Percaya Yang Moon Se Hoon Dan Shin Ji Yeon Masih Bercinta

0

Rancangan temu janji realiti “Single’s Inferno” telah menarik perhatian penonton di seluruh dunia selepas siarannya di Netflix.

singles inferno where are they now

Baru-baru ini, dalam temu bual dengan GOMong, Moon Se Hoon secara tidak sengaja berkongsi beberapa butiran tentang hubungannya dengan Shin Ji Yeon yang terkini.

53b62a01 6e28 426c b279 126d65b75cfa

Secara khusus, Se Hoon berkata bahawa dia sering melihat adegan Ji Yeon menangis ketika mereka sedang makan malam bersama di Paradise Island.

Moon Se Hoon Shin Ji Yeon Singles inferno 0602221

Saat itu merupakan detik penting bagi Se Hoon dan Ji Yeon di dalam rancangan itu. Selepas makan malam, mereka berdua lebih memahami satu sama lain dan akhirnya mereka memilih satu sama lain di dalam episod akhir.

“Saya tiba-tiba teringat adegan itu semasa saya memandu, jadi saya menonton semula. Semasa saya bekerja, saya menonton adegan itu.

Moon Se Hoon Shin Ji Yeon Singles inferno 0602222 819x1024 1

Saya sangat suka adegan itu, saya telah menontonnya berpuluh-puluh ribu kali. Rasa janggal antara kami seolah-olah hilang dalam adegan itu,” kongsi Se Hoon.

Moon Se Hoon turut berkongsi, “Ji Yeon juga sangat cantik dalam adegan itu. Dia benar-benar cantik. Dan ada sesuatu yang sangat penting di sebalik tabir.

Baca lagi: ‘SNL Korea’ Musim Kedua Buat Parodi Pasal ‘Single’s Inferno’

Baca lagi: Seorang Netizen Dedah Gambar Shin Ji Yeon Ketika Remaja, Ramai Yang Terkejut

allkpop 1641848074 untitled 1

Aku pergi ke Jiyeon dan bertanya. ‘Jiyeon, awak nak pakai apa?’ Dia berkata ‘Oh, oppa, saya akan pakai ini sahaja’ dan jadi saya juga kemudian memakai baju untuk dipadankan dengannya”

Menurut Se Hoon, apa yang disiarkan dalam rancangan itu tidaklah sebegitu ‘detail’. Apabila Ji Yeon menitiskan air mata, Se Hoon berusaha keras untuk tidak menangis dan cuba untuk menenangkan Ji Yeon.

1641849481 image

Selain itu, Se Hoon turut memuji Ji Yeon ketika sedang ditemu bual. “Dia sangat mudah terasa, sangat sensitif, tetapi dia cantik dan patut dihargai,” katanya.

Sejurus selepas wawancara itu disiarkan, netizen hampir “pasti” tentang hubungan terkini Se Hoon dan Ji Yeon.

Peminat berpendapat bahawa kedua-duanya sedang mengenali hati budi dan gembira bersama selepas tamat rancangan tersebut.

Sumber: Kbizoom