Bagi peminat setia Apink iaitu Panda pasti mengetahui tentang perancangan terkini kumpulan itu yang dikhabarkan akan membuat kemunculan semula pada 14 Februari ini.

p1065588172233074 970 h2

Kemunculan mereka disertakan dengan pelancaran album terbaharu berjudul Horn. Kali terakhir Apink hadir dengan album baharu adalah pada 2020 (Look).

Ditanya tentang persiapan, seorang anggotanya iaitu Yoon Bomi yang muncul dalam temu bual bersama majalah The Star baru-baru ini berkongsi cerita.

Apink 21

“Dalam pada mengubah konsep sedia ada Apink, kami juga memberi fokus terhadap cara untuk mendekati peminat tanpa ada bebanan. Paling penting, kami harap peminat suka,” ujarnya ringkas.

Masih bertahan sehingga kini sejak memulakan debut pada April 2011, Bomi ditebak tentang keberadaannya dalam industri menjelang 10 tahun akan datang.

Baca lagi: K- Drama Terbaru “Ghost Doctor” Lakonan Rain, Kim Bum, Son Naeun Dan Uee Mendapat Perhatian Peminat

Baca lagi: “Hint Nak Comeback?”, Peminat Teruja Akhirnya Blackpink Kini Kembali Berempat

c027a477eec251785ee8d3cf9079f78c

Tanpa berselindung, penyanyi itu mengakui bahawa tetap mahu menjadi anggota Apink walaupun telah lanjut usia kelak.

E9UVt5aBaLq1 fqZm5rL4z1Mt3MtKF7SOjJsDCcVM3E

“Hayoung dan saya selalu bercakap mahu menjadi anggota Apink walaupun kami sudah ada anak atau tua kelak.

“Dalam 10 tahun nanti, rasanya saya akan jalankan aktiviti sebagai anggota Apink diselang-seli dengan giliran menjaga anak,” ujarnya ketawa.

Sumber: Gempak

Previous articleJaejoong Telah Menghadiahkan Sebuah Rumah Mewah Bernilai Lebih RM 20 Juta (6 Bilion KRW) Kepada Ibu Bapanya
Next articleDisebabkan Hal Ini, Netizen Percaya Yang Moon Se Hoon Dan Shin Ji Yeon Masih Bercinta