Home Entertainment Seorang Netizen Dedah Gambar Shin Ji Yeon Ketika Remaja, Ramai Yang Terkejut

Seorang Netizen Dedah Gambar Shin Ji Yeon Ketika Remaja, Ramai Yang Terkejut

0

Baru- baru ini, nama Shin Ji Yeon semakin dikenali melalui rancangan ‘Single’s Inferno’ yang ditayangkan di Netflix.

Bukan sekadar visualnya yang menarik, malahan dia juga merupakan seorang yang berpendidikan tinggi.

unnamed 29

Shin Ji Yeon tidak perlu masa yang lama untuk membuat orang ramai menyukainya. Ini kerana Shin Ji Yeon mempunyai raut wajah yang ‘innocent’.

Netizen telah mendedahkan bahawa sebelum ini Shin Ji Yeon pernah menyertai pertandingan kecantikan di Korea Selatan dan menjadi salah seorang finalis.

unnamed 1 12

Dengan populariti yang diterima Ji Yeon, jumlah pengikut di media sosialnya semakin meningkat. Video YouTube pertamanya juga menerima lebih 1 juta tontonan hanya dalam satu hari sahaja sejak ia dimuat naik.

unnamed 3 4

Kini, orang ramai mula menunjukkan minat mereka dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang Shin Ji Yeon.

Terbaru, seorang netizen secara tiba- tiba telah menyiarkan gambar Ji Yeon ketika berada di sekolah menengah. Netizen tersebut mengaku bahawa dia pernah bersekolah bersama dengan Ji Yeon.

Berdasarkan gambar yang tersebar, Shin Ji Yeon kelihatan sama sahaja seperti yang sekarang. Bezanya hanyalah dulu dia mempunyai pipi yang agak ‘chubby’.

unnamed 2 8

Hidung mancung dan bibirnya yang unik itu menunjukkan dia kelihatan sama seperti gambar lamanya. Malahan, kening dan matanya juga tidak berubah.

Disebabkan gambar tersebut, ramai yang memuji kecantikannya yang asli dan mereka mengakui bahawa memang Shin Ji Yeon sudah cantik dari lahir lagi.

Sumber: Koreaboo