Home Entertainment Dari Awal Lagi Sandara Park Tahu Free Zia Pakai Barangan Palsu?

Dari Awal Lagi Sandara Park Tahu Free Zia Pakai Barangan Palsu?

0

Sedang hangat isu tentang barang mewah palsu Free Zia (Song Jia), netizen telah perasan satu insiden yang berlaku.

Insiden tersebut berlaku ketika Song Jia menjadi salah seorang tetamu jemputan di dalam rancangan “Video Star” yang ditayangkan di MBC pada bulan September 2021.

1643250032 20220126 lime

Song Ji A mengejutkan seluruh studio dengan rak yang dipenuhi dengan barang-barang fashion yang mewah seperti Saint Laurent.

Sedang yang lain sibuk melihat pakaian mewah yang dibawa Song Jia, Sandara Park kelihatan seperti menjarakkan diri dan seolah- olah tidak berminat.

042832400 1614933343 91692673 219170689177210 8773919292650451054 n 1

Ramai penonton berfikir bahawa kemungkinan Sandara Park mengetahui yang pakaian yang ditunjukkan oleh Song Jia itu palsu, tetapi dia memilih untuk mendiamkan diri.

Namun, ada yang berpendapat  bahawa itulah watak Sandara Park iaitu seorang yang tenang dan diamnya itu tidak membawa apa- apa maksud.

5e6916a70f425514a98e159a7b881b0b 1

Sebagian besar penonton percaya bahawa Sandara Park mudah mengenali jika sesuatu barang itu asli mahupun tidak.

Ini kerana dia sudah lama berada di dalam industri dan telah memakai banyak pakaian daripada designer.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa reaksi tanpa ekspresi Dara adalah untuk menyeimbangkan suasana di samping ‘host’ yang bertenaga seperti Park Na Rae.

Sumber: wowkeren