Home Artis Korea “Crash” Kdrama Tayang 6 Mei, Tentang Jenayah Trafik dan Kejahatan di Jalan...

“Crash” Kdrama Tayang 6 Mei, Tentang Jenayah Trafik dan Kejahatan di Jalan Raya

0

Melalui akaun Instagram rasmi, ENA mengumumkan line-up drama jenayah misteri “Crash” yang akan ditayangkan pada 6 Mei 2024 akan datang. Drama Korea yang turut diselit dengan aksi komedi ini akan dibintangi oleh Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae, Lee Ho Cheol, dan Choi Moon Hee. Mereka akan beraksi sebagai pasukan yang membanteras jenayah dan kejahatan trafik serta jalan raya.

Drama “Crash” sebanyak 12 episod ini akan menggantikan slot tayangan The Midnight Studio setiap Isnin dan Selasa.

Sebelum menonton, berikut dibawah ini adalah 10 perkara menarik tentang drama “Crash”, jom sama-sama kita lihat.

 

Crash
1. Dalam drama siri Crash, Lee Min Ki diberi kepercayaan untuk menjadi male lead sebagai Cha Yeon Ho yang dipindahkan ke pasukan TCI (Traffic Crime Investigation) atau Bahagian Siasatan Jenayah Trafik.

 

 

76d32dcd 669f 4c4e 93ef d0dc01885438
2. Walau kebolehan sosial Cha Yeon Ho rendah tetapi dia memiliki daya analisis yang tajam dalam menyelesaikan setiap kes jenayah

 

 

449aeb0f c500 45d0 a28b 9e99ac00ef49
3. Kwak Sun Young turut berlakon sebagai Min So Hee. Dia adalah anggota TCI yang mempunyai kebolehan unik dalam menyelesaikan kes

 

 

7fdbb180 8c87 497c b255 b9f24a7a875b
4. Min So Hee juga mempunyai kebolehan bela diri dan kemampuan memandu yang baik

 

 

0b3db1dd f783 4585 9024 b2f1a893efc0
5. Ada juga Heo Sung Tae sebagai Jung Chae Man yang merupakan detektif veteran yang merupakan pengasas pasukan TCI

 

 

17758231 a379 490c aa0d 34a25b59efac
6. Salah satu alasan Jung Chae Man mengasaskan pasukan TCI adalah kerana dia menyedari teruknya sistem trafik jalan raya

 

 

47d52347 fbf2 4c4a b6f6 e4cd8d9548a6
7. Watak Woo Dong Ki dibawa oleh Lee Ho Cheol, dia adalah pakar automotif yang bekerja sama dengan pasukan TCI

 

 

073d1e38 4ec1 4493 a627 ce1fea3d95ba
8. Woo Dong Ki mempunyai pengetahuan yang luas terutamanya tentang kereta, inilah yang membuatnya turut serta dalam pasukan TCI

 

 

d24ffad1 92b6 4f81 bc72 4b51cd3403b9

9. Choi Moon Hee juga turut berlakon sebagai Oh Hyun Kyung yang merupakan anggota termuda pasukan TCI dengan kebolehan seni bela diri luar biasa

 

 

428297e6 47bb 43c9 a38b 5fc39038fba5
10. Oh Hyun Kyung hebat dalam taekwondo, judo, dan tinju yang memberikan kelebihN bagi pasukan TCI

Drama Korea “Crash” merupakan salah satu tayangan yang dinanti-nantikan pada bulan Mei akan datang. Kisah mengenai pasukan TCI yang akan menumpaskan kejahatan pesalah trafik pasti bakal menarik perhatian ramai. Nantikan ya!

Baca lagi: Misteri dan Mencengkam, 5 Cadangan Kdrama Psikopat, Tayang pada Akhir 2023 hingga Awal 2024
Baca juga: 5 Pilihan Drama Aksi Korea di Netflix, Antara Yang Terbaik, Mendebarkan dan Mencemaskan