Home Kdrama/Kmovie 5 Pilihan Drama Aksi Korea di Netflix, Antara Yang Terbaik, Mendebarkan dan...

5 Pilihan Drama Aksi Korea di Netflix, Antara Yang Terbaik, Mendebarkan dan Mencemaskan

0

Siri drama Korea tidak pernah gagal menghiburkan penonton. Bukan hanya tema romantik, industri hiburan Korea Selatan juga menghasilkan banyak drama Korea penuh aksi yang dapat memicu adrenalin, memacu debaran dan juga suasana cemas!

Drama aksi Korea menampilkan banyak adegan pertarungan dan para pelakon dalam drama-drama ini biasanya dilatih untuk bertarung, cerita nampak lebih hidup ditambah dengan bakat lakonan mereka yang fokus pada aksi dan seni bela diri.

Dari segi jalan cerita, drama aksi Korea akan membuat penonton lebih berfikir dan terpaksa memerah otak kerana disajikan dengan berbagai-bagai plot twist dan misteri yang menarik.

Untuk anda yang menyukai genre aksi, jom kita lihat pilihan 5 drama aksi Korea antara yang terbaik seperti di bawah ini:

 

1. Iris

Drama aksi koreaIris merupakan salah sebuah drama aksi Korea yang meraih kejayaan luar biasa. Siri ini mendapat rating purata 31.9 peratus ketika ditayangkan pada tahun 2009. Siri ini turut diangkat menjadi filem, dan juga siri sekuel.

Disiarkan di KBS sebanyak 20 episod, Iris mengisahkan tentang dua sahabat yang sudah seperti saudara kandung. Mereka adalah Kim Hyun Jun (Lee Byung Hun) dan Jin Sa Woo (Jung Joon Ho). Kedua-dua mereka bergabung dalam Pasukan Misi Khas ke-707 Angkatan Darat Republik Korea dan dibina oleh National Security Service (NSS). Mereka berlatih bersama seorang ejen jelita bernama Choi Seung Hee (Kim Tae Hee).
Hyun Jun kemudian dihantar untuk menjalankan misi solo ke Hungary. Dia cedera dalam pertarungan kerana dikhianati oleh Sa Woo. Seung Hee datang untuk menolongnya, namun mereka terpisah akibat letupan. Selepas terpisah, Hyun Jun diselamatkan oleh suara misteri dan mula mempelajari tentang kumpulan rahsia bernama IRIS. Setahun kemudian, Hyun Jun kembali ke Korea Selatan untuk membalas dendam.

 

2. D.P.

Drama aksi

D.P. atau Deserter Pursuit adalah drama aksi Korea berjumlah enam episod yang disiarkan di Netflix pada Ogos 2021. Siri ini merupakan salah satu tayangan paling popular dengan rating 8.3/10 di laman IMDb.

D.P. mengisahkan tentang pasukan tentera khas yang ditubuhkan untuk mengejar para tentera yang lari, orang-orang yang membelot dalam tentara. Ahn Jun Ho (Jung Hae In) merupakan salah seorang tentera yang bergabung dalam pasukan D.P. Pasukan tersebut diketuai oleh Han Ho Yeol (Goo Kyo Hwan).

Mereka menjalankan misi sambil menyamar demi mencari para pembelot. Selama menjalani misi, Ahn Jun Ho melalui pahitnya dunia tentera. Sementara itu, dia dibimbing oleh Han Ho Yeol yang tampak santai.

 

3. Vagabond

952ab90f 3278 486c b812 32a0ee40a47cVagabond juga merupakan salah sebuah drama aksi Korea yang cukup popular. Siri SBS TV ini meraih rating tertinggi sebanyak 14.1 peratus pada tahun 2019.

Ditayangkan sebanyak 16 episod, Vagabond mengisahkan tentang stuntman atau pelakon lagak ngeri yang bernama Cha Dal Gun yang dibawa oleh Lee Seung Gi. Anak saudaranya meninggal dunia dalam nahas pesawat yang misteri. Dia nekad menyiasat penyebab nahas yang pada akhirnya membawanya pada sebuah kes rasuah yang mengejutkan. Sementara itu, dia terlibat dengan seorang ejen rahsia National Intelligence Service (NIS) yang bernama Go Hae Ri yang dibawa oleh Bae Suzy.

 

4. My Name

6ac9831e 4c5d 44d7 8ce0 d7980e64defaMy Name pernah muncul sebagai salah satu drama aksi Korea popular Netflix ketika disiarkan pada tahun 2021, drama ini meraih rating 7.9/10 di laman IMDb. Siri ini menyajikan adegan penuh aksi yang dibawa oleh aktris cantik Han So Hee. Kali ini Han So Hee tidak akan membuat penonton cair dengan cerita romantik. Para penonton terpaku dengan wataknya dalam drama aksi yang diwarnai elemen thriller ini.

Drama aksi Korea ini mengisahkan tentang Yoon Ji Woo (Han So Hee), wanita muda yang nekad untuk membalas dendam kematian orang tuanya. Ayahnya meninggal dunia kerana sebuah tragedi pembunuhan. Yoon Ji Woo kemudian bekerjasama dengan bos kumpulan penjahat untuk menyelinap masuk ke dalam pasukan polis. Dia menyertai unit siasatan dadah untuk menyelesaikan misteri di sebalik kematian ayahnya.

 

5. Vincenzo

0f4c1314 443e 416a 8bd7 d340b32d65adTayang pada awal tahun 2021, Vincenzo merupakan salah satu tayangan popular yang meraih rating tertinggi sebanyak 14.6 peratus. Walau mengusung genre dark comedy, siri ini disuntik dengan adegan yang penuh aksi.

Vincenzo Cassano (Song Joong Ki) adalah seorang consigliere yang datang dari Itali ke Korea untuk mengambil emas di Geumga Plaza. Namun rancangannya terhalang kerana dia terlibat dalam konflik antara warga Geumga dan Babel Group, sebuah syarikat kejam yang hauskan kuasa.

Vincenzo kemudian bekerjasama dengan seorang peguam cantik bernama Hong Cha Young (Jeon Yeo Been) untuk menjatuhkan ketua Babel Group yang mempunyai kekebalan undang-undang dan disokong oleh peguam serta pendakwa raya jahat.

Jika anda meminati drama aksi Korea, jangan lupa menonton drama-drama ini semua yang masih boleh distrim di Netflix ya! Pasti puas hati!

Baca lagi: 5 Drama Korea Romantik Ini Tiada Babak Ciuman, Paling Sweet
Baca juga: 5 Drama Korea Tema Detektif, Dipenuhi Misteri dan Kes Jenayah