Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea Tema Detektif, Dipenuhi Misteri dan Kes Jenayah

5 Drama Korea Tema Detektif, Dipenuhi Misteri dan Kes Jenayah

0

Tidak semua penonton drama Korea menyukai adegan romantik. Ada juga yang lebih menikmati suasana mencemaskan sambil berteka-teki dan tenggelam dalam misteri. Sensasi debaran yang diperolehi dari menonton drama Korea bertema detektif memang disukai oleh para penonton.

Berikut dibawah ini adalah 5 buah drama korea bertemakan detektif dan penyiasatan. Penuh misteri dan mendebarkan!

 

1. Less Than Evil

dd3123d0 a073 4660 8423 b27b190ab117Less Than Evil juga dikenai dengan tajuk Bad Detective. Seperti tajuknya, drama Korea ini mengisahkan tentang seorang detektif yang kerap menggunakan cara-cara ‘buruk’ atau di luar prosedur penyiasatan. Tayang pada tahun 2018, siri MBC ini diadaptasi dari siri British yang bertajuk Luther. Drama Korea Less Than Evil pernah muncul sebagai drama Korea paling banyak dibincangkan pada waktu tayangannya dan mendapat rating tertinggi sebanyak 10.6 peratus.

Baca juga: 5 Pilihan Drama Aksi Korea Antara Yang Terbaik, Mendebarkan dan Mencemaskan

2. Ghost Detective

2ffde5d7 af75 45c2 945c 9048de4679f3Ghost Detective atau juga dikenali dengan tajuk Today’s Detective adalah drama Korea yang mengusung tema misteri, seram, thriller dan juga jenayah. Siri ini menyoroti kisah Lee Da Il (Choi Daniel), detektif yang bekerja menyelesaikan kes yang sangat unik. Beberapa dari kes tersebut melibatkan hantu. Dia bekerja dengan pembantunya, Jung Yeo Wool (Park Eun Bin). Suatu masa, mereka berhadapan dengan seorang wanita misteri bergaun merah. Dia adalah Seon Woo Hye (Lee Ji Ah), yang selalu muncul di setiap tempat kejadian jenayah.

 

3. Zombie Detective

Drama koreaAnda yang ingin menyaksikan drama Korea bertemakan detektif dengan sentuhan fantasi boleh menyaksikan Zombie Detective. Siri ini menceritakan tentang pasukan penyiasatan yang diketuai oleh zombie. Kejadian misteri membuatkan Kang Min Ho (Choi Jin Hyuk) terbangun sebagai zombie yang tidak mempunyai apa-apa ingatan.

Dia cuba bergaul dengan orang lain dengan berpura-pura menjadi manusia. Dia menutup bekas luka-lukanya dan menggunakan identiti seorang detektif bernama Kim Moo Young. Dia hidup sebagai seorang detektif di balai polis. Dia ditugaskan bersama bekas wartawan bernama Gong Sun Ji (Park Ju Hyun) yang menjadi pembantunya. Namun, Sun Ji mengetahui rahsianya yang merupakan zombie.

 

4. Tunnel

2cdaf696 5b76 4cc6 a8ca 8e1bde610918Drama Korea dari OCN ini merupakan antara drama paling popular pada tahun 2017. Park Gwang Ho (Choi Jin Hyuk) adalah detektif yang secara tidak sengaja terbawa ke masa depan sewaktu sedang mengejar penjahat pada tahun 1986. Dia masuk ke terowong ketika mengejarnya. Namun dia mendapati dirinya berada di tahun 2016 ketika keluar dari terowong tersebut.

Gwang Ho perlu menyelesaikan kes pembunuhan bersiri yang berlaku puluhan tahun lalu supaya dia dapat kembali ke masanya. Dia bertemu Kim Seon Jae (Yoon Hyun Min), seorang leftenan detektif dari tahun 2016.

 

5. Voice

a1bb458f b738 4cf1 8ae1 2cbb5b697e1dVoice juga merupakan drama Korea detektif dari OCN yang tidak kurang hebatnya. Tayang pada tahun 2017, siri ini sudah tersedia dalam empat musim yang terus mendapat populariti. Voice mengisahkan tentang Moo Jin Hyuk (Jang Hyuk), detektif popular yang sering menyelesaikan kes-kes besar. Tetapi, hidupnya menjadi kurang baik setelah isterinya mati di tangan pembunuh.

Sementara itu, Kang Kwon Joo (Lee Ha Na) adalah seorang lulusan akademi polis dengan markah yang sangat cemerlang. Dia nekad untuk menjadi profiler jenayah selepas ayahnya yang merupakan sarjan polis terbunuh sewaktu menyelesaikan sebuah kes. Kedua-dua mereka bekerjasama untuk mengejar pembunuh bersiri yang merupakan dalang di sebalik kematian anggota keluarga mereka.

Sangat menarik kan?! Jangan lupa menonton ya!

Baca lagi: 4 Drama Korea Romantik tentang Ibu Tunggal yang Menemui Cinta Kembali
Baca juga: 5 Drama Korea Thriller Menarik Perlu Anda Tonton, Penuh Debaran