Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea Romantik Ini Tiada Babak Ciuman, Paling Sweet

5 Drama Korea Romantik Ini Tiada Babak Ciuman, Paling Sweet

0

Biasanya, drama Korea romantik pasti akan menyelitkan adegan ciuman. Adegan tersebut kerap digunakan untuk menambah suasana romantik yang membuatkan penonton tersenyum.

Walau begitu, tidak semua orang merasa seronok dan selesa menyaksikan adegan ciuman dalam drama Korea. Ada penonton yang merasa canggung, tambahan pula jika disaksikan di bulan Ramadhan bersama keluarga.

Jangan bimbang. Tidak semua drama Korea romantik dibawakan dengan kisah cerita panas. Berikut dibawah ini adalah lima pilihan drama Korea romantik tanpa adegan ciuman.

 

1. Hi Bye Mama

Drama koreaDrama Korea keluarga dari tvN ini mengusung genre romantik dengan sentuhan fantasi dan komedi. Walau drama ini merupakan drama Korea romantik, Hi Bye Mama selamat untuk ditonton bersama keluarga kerana tidak menampilkan adegan ciuman. Siri ini menggambarkan tentang kisah cinta keluarga yang terpisah kerana maut.

Hi Bye Mama mengisahkan tentang Cha Yu Ri (Kim Tae Hee), wanita hamil yang meninggal dunia kerana mengalami kemalangan. Anaknya, Cheo Seo Woo (Seo Woo Jin) berjaya diselamatkan dalam kemalangan itu. Empat tahun kemudian, Cha Yu Ri yang telah menjadi hantu mendapat peluang untuk menikmati hidup sebagai manusia selama 49 hari.

Dia perlu kembali sebagai isteri suaminya untuk dapat menjadi manusia selamanya. Namun, Cho Gang Hwa (Lee Kyu Hyung) kini sudah berkahwin dengan wanita bernama Oh Min Jung (Go Bo Gyeol). Tetapi perkahwinan mereka sedang berada di hujung tanduk.

 

2. Mr. Sunshine

871b09f0 b4d8 4248 84e4 bf4e36963ffdMr. Sunshine adalah drama Korea saeguk bergenre romantik melodrama yang disiarkan di TVN pada 2018. Siri ini merupakan drama Korea pertama Kim Tae Ri sebagai pelakon utama.

Mr Sunshine mengambil latar masa feudal sewaktu Korea dijajah oleh Jepun. Eugene Choi (Lee Byung Hun) merupakan Kapten Tentera Amerika yang ditempatkan di Korea. Sewaktu masih berusia 9 tahun, dia merupakan hamba yang memutuskan untuk lari dengan menaiki kapal perang Amerika.

Sementara itu, wanita yang disukainya, Go Ae Shin (Kim Tae Ri) adalah seorang bangsawan yang sangat mencintai Joseon. Dia diam-diam belajar menembak walau sudah dilarang oleh datuknya. Oleh kerana sangat mencintai tanah kelahirannya, Ae Shin turut sama berjuang untuk mempertahankan Joseon.

Selain sentuhan konflik politik dan plot yang menyedihkan, drama ini juga menunjukkan kisah cinta romantik tanpa adegan ciuman.

 

3. School 2015

0824c082 e5df 45d2 b37e 5a87b900f7ddSchool 2015 adalah drama Korea remaja yang disiarkan pada 27 April 2015. Siri ini mengisahkan tentang Go Eun Byul dan Lee Eun Bi, mereka adalah anak kembar yang terpisah sejak berusia 5 tahun.

Eun Byul diambil sebagai anak angkat oleh keluarga kaya raya. Dia bersekolah di salah sebuah sekolah swasta yang paling berprestij di Gangnam. Sementara itu, Eun Bi tinggal di rumah anak yatim Love House yang terletak di Wilayah Gyeongsang. Dia menjalani hidup sebagai mangsa buli di sekolah.

Mereka bertemu ketika Eun Bi berada dalam keadaan putus asa. Eun Byeol menyelamatkan Eun Bi dan menghilangkan diri. Namun Eun Bi mengalami amnesia dan perlu menjalani kehidupan sebagai Eun Byeol yang dianggap sudah meninggal.

Kim So Hyun juga bergandingan dengan Nam Joo Hyuk dan Yook Sung Jae dalam drama Korea ini. Mereka terlibat cinta tiga segi. Walau mengusung tema romantik, drama Korea ini masih selamat untuk disaksikan bersama keluarga.

 

4. Mirror of The Witch

b47d62a5 a83f 4f83 b09a 1e396a8ec0b4Mirror of The Witch adalah drama Korea sageuk romantik yang disiarkan pada tahun 2016. Siri ini mengisahkan tentang Heo Joon (Yoon Shi Yoon), anak kepada gundik diraja Dinasti Joseon. Dia terlibat dalam kisah cinta dengan Seo Ri (Kim Sae Ron), seorang puteri yang terpaksa dibuang dan dipisahkan dari keluarga serta saudara kembarnya.

Seo Ri memiliki sumpahan jahat yang tidak boleh dihapuskan. Apabila dewasa, dia berjumpa dengan Heo Joon yang berusaha untuk menghilangkan sumpahan tersebut.

Dipetik Kpop Herald, pengarah drama Korea ini sengaja tidak menampilkan adegan ciuman kerana perbezaan usia kedua-dua pelakon. Yoon Shi Yoon waktu itu berusia 30 tahun, manakala Kim Sae Ron baru berusia 16 tahun.

 

5. 7 First Kisses

8fb340b7 f04a 4d7d 97c2 e3b0c9cdb7f6Walau tajuknya berkait rapat dengan ciuman, drama Korea ini merupakan salah sebuah siri komedi romantik yang tidak memiliki adegan mesra dan intim. Tidak ada ciuman yang dipertontonkan dalam 7 First Kisses.

Ditayangkan pada 2016, drama Korea ini menceritakan tentang Min Soo Jin (Lee Choi Hee), seorang wanita yang belum pernah bercinta seumur hidupnya. Ketika bertemu dengan dewi baik hati, dia diberi peluang untuk memilih seorang dari tujuh orang lelaki tampan yang akan mengambil ciuman pertamanya.

Watak tujuh lelaki itu dibawa oleh pelakon tampan popular seperti Ji Chang Wook, Lee Joon Ki, Kai EXO, Ok Taec Yeon, Lee Min Ho, Park Hae Jin, dan Lee Jong Suk. Walau salah seorang dari mereka ditakdirkan untuk mengambil ciuman pertama Min Soo Jin, drama Korea ini tidak benar-benar menampilkan adegan ciuman. Watak utama wanita hanya dipertontonkan seperti akan bersentuhan bibir dengan ketujuh-tujuh lelaki itu tanpa benar-benar terjadi.

Menarik bukan? Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 5 Drama Korea dengan Kisah Cinta Tragis, Pengakhiran Memilukan
Baca juga: 5 Drama Korea Tema Detektif, Dipenuhi Misteri dan Kes Jenayah