Home Kdrama/Kmovie Cantik Jelita, 9 Watak Wanita Bangsawan dalam Kdrama 2024

Cantik Jelita, 9 Watak Wanita Bangsawan dalam Kdrama 2024

0

Selepas membintangi Love Song for Illusion, Hong Ye Ji sekali lagi memberi buah tangan kepada para peminatnya melalui drama sageuk yang berjudul Missing Crown Prince.

Dia kembali mempamerkan bakat lakonan memukau bawa watak sebagai seorang bangsawan yang terjerat kisah cinta dengan putera mahkota. Kali ini, dia menculik putera mahkota yang dijodohkan dengannya.

Watak wanita bangsawan memang selalu muncul dalam drama sageuk untuk mewarnai dan memeriahkan lagi kisah-kisah dalam drama. Kebanyakan dari mereka dididik untuk menjadi wanita yang anggun dan bijak.

Berikut dibawah ini adalah sembilan watak wanita bangsawan dalam drama Korea yang ditayangkan pada tahun 2024 ini.

 

Watak
1. Merupakan anak tabib istana, Choi Myeong Yoon (Hong Ye Ji) jatuh cinta selepas menculik putera mahkota yang dijodohkan dengannya dalam drama Missing Crown Prince

Baca juga: Permulaan Drama Missing Crown Prince Sangat Mengujakan, Pelbagai Konflik Muncul

26a2922c 7b38 455c 95b5 d8f56077ca0d
2. Min Soo Ryeon (Myung Se Bin) merupakan seorang permaisuri yang dikenali dengan sikap lemah lembutnya namun dia mempunyai masalah terpendam dalam Missing Crown Prince

 

e075afa4 7854 40b9 b9d5 70d96ad16671
3. Merupakan perawan lanjut usia dalam keluarga bangsawan, Park Yeon Woo (Lee Se Young) kehilangan suaminya di hari perkahwinan dalam The Story of Park’s Marriage Contract

 

c5c1feb7 91b2 49b7 9267 08e05eba746e
4. Muncul sebagai cameo, Puan Kim (Lee Joo Bin) merupakan isteri bangsawan yang tidak pernah disentuh oleh suaminya dalam drama Chicken Nugget

 

4a1e7436 365e 44cb 8d7a 44e2caf6a0a0
5. Telah lama menjadi balu bagi keluarga bangsawan, Jo Yeo Hwa (Lee Ha Nee) dalam diam adalah seorang pahlawan pedang yang membela keadilan dalam Knight Flower

 

9ab4f3cc 0038 4d50 9d9a dca5a3f5a205
6. Pada asalnya dia adalah anak perempuan tunggal keluarga bangsawan, Kang Hee Soo (Shin Se Kyung) menyamar menjadi lelaki untuk membalas dendam dalam Captivating the King

 

79413f0e 4f92 4d18 8edd 12be87633fc3
7. Sebenarnya dia adalah anak jeneral, Yeon Wol (Hong Ye Ji) memutuskan untuk bergabung dalam kumpulan pembunuh demi untuk balas dendam dalam drama Love Song for Illusion

 

22b46262 770c 4b15 949c 0951be2072ff
8. Walau sudah menjadi puteri mahkota, Geum Hwa (Ji Woo) gagal menakluki hati putera mahkota kerana perkahwinannya adalah secara paksa dalam Love Song for Illusion

 

e537360e dd25 4274 83b2 1b0af15b59e7
9. Merupakan wanita bangsawan yang anggun, Han Cho Young (Kim Yi Kyeong) mengalami keguguran selepas keluarganya difitnah dalam A Good Day to Be a Dog

Lahir dari keluarga bangsawan, watak-watak wanita bangsawan dalam drama Korea 2024 ini telah mendapat banyak keistimewaan dari status keluarga mereka. Namun, beberapa orang dari mereka memiliki nasib tragis yang membuatkan kehidupan mereka berubah drastik hingga memutuskan untuk melakukan balas dendam. Ternyata status bangsawan tidak selamanya membuat seseorang bahagia!

Watak wanita bangsawan manakah yang paling memberi kesan dalam pengalaman menonton anda?

Baca lagi: 4 Drama Korea Tampilkan Plot Penjelajahan Masa kembali ke Zaman Sekolah, Misi Baiki Masa Depan
Baca juga: Popular Dengan Watak Antagonis, 4 Pelakon Korea Ini Dituduh Bermasalah Dalam Dunia Realiti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here