Home Kdrama/Kmovie 3 Watak yang Menyiasat Sendiri Kematian Ahli Keluarga Mereka dalam Kdrama April...

3 Watak yang Menyiasat Sendiri Kematian Ahli Keluarga Mereka dalam Kdrama April 2024

0

Kerana tidak dapat menerima kematian tragis anaknya, Eun Soo Hyun (Kim Nam Joo) dalam drama Wonderful World terus menyiasat tentang lelaki yang yang melanggar mati anaknya. Anak lelaki Eun Soo Hyun memang ternyata mati akibat kemalangan.

Tindakan serupa juga dilakukan oleh beberapa watak lain yang merasa kematian salah seorang anggota keluarga mereka adalah aneh dan perlu disiasat.

Berikut dibawah adalah 3 watak yang menyiasat kes kematian ahli keluarga mereka dalam drama Korea yang ditayangkan pada bulan April 2024.

 

1. Kwon Seon Yul (Cha Eun Woo)

Watak

Selepas pemergian ayah Kwon Ji Woong (Oh Man Seok), kehidupan keluarga Kwon Seon Yul dalam Wondeful World sudah tidak seharmoni dulu lagi. Namun belum sembuh luka kehilangan ayahnya, Kwon Seon Yul juga terpaksa kehilangan ibunya. Kematian kedua ibu bapa, Kwon Seon Yul merasa ada perkara aneh disebalik kematian-kematian tersebut.

Dia membulatkan tekad untuk menyiasat kematian tersebut dan membalas dendam terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kematian ibu bapanya. Demi mengungkap kebenaran di sebalik kematian ibu bapanya, Kwon Seon Yul juga melakukan pengintipan terhadap ahli politik Kim Joon (Park Hyuk Kwon).

Terungkap kebenaran bahawa ternyata ayah Kwon Seon Yul secara sedar bekerja sama dengan Kim Joon untuk melakukan kejahatan. Manakala kemalangan yang membunuh ibunya juga ternyata adalah kerana perbuatan jahat Kim Joon.

Baca juga: Drama Wonderful World Melabuhkan Tirai, Penonton Puas Hati?

2. Eun Soo Hyun (Kim Nam Joo)

a961eb49 8a05 46f4 993a 527264e31ba7

Satu-satunya anak Eun Soo Hyun dalam Wonderful World yang masih kecil Kang Gun Woo (Lee Joon), mati secara tragis apabila menjadi mangsa langgar lari. Lebih menyakitkan, orang yang melanggar anaknya tidak dihukum sewajarnya. Menganggap bahwa polis tidak boleh menyelesaikan kes kemalanhan anaknya, Eun Soo Hyun memutuskan untuk mencari keadilan dengan caranya sendiri.

Namun, tidak ada yang menyangka bahawa dalam proses tersebut Eun Soo Hyun sanggup melanggar lelaki yang ‘membunuh’ anaknya. Akibatnya dia disumbat ke penjara. Selain itu ketika menyiasat kes kemalangan anaknya, Eun Soo Hyun menemui kebenaran bahawa kes anaknya ini tidak sama seperti kes langgar lari yang lain.

Baca juga: Kdrama Hide: 7 Kekejaman Lee Chung Ah Kepada Keluarga Lee Bo Young
Baca lagi: 4 Watak dalam Blood Free yang Menimbulkan Kesangsian dan Syak Wasangka, Ada Niat Tersembunyi?

3. Na Moon Young (Lee Bo Young)

780bb6d8 1c24 4ed4 b82d 314b76cd3f8c

Suami Na Moon Young, Cha Sung Jae (Lee Mu Saeng) dalam drama Hide tiba-tiba menghilangkan diri dan kemudian dikhabarkan telah meninggal dunia. Tragisnya, suami Na Moon Young ini dikatakan mati bunuh diri. Na Moon Young merasa ada banyak perkara aneh muncul dalam kes bunuh diri suaminya.

Sudah saling mengenali dan hidup bersama selama lebih dari 20 tahun, Na Moon Young merasa suaminya tidak akan pernah melakukan tindakan ekstrem itu. Keyakinannya ini semakin kuat selepas dia merasa bahawa suaminya telah meninggalkan banyak tanda aneh pada dirinya. Na Moon Young yang memang sangat memahami dunia undang-undang ini lantas memutuskan untuk mula menyiasat kes kehilangan dan kematian suaminya.

Bukan tanpa sebab, setiap watak ini akhirnya memutuskan untuk menyiasat sendiri serta mencari keadilan atas kes kematian keluarga mereka sendiri kerana tidak ada lagi yang boleh dipercayai dari pihak berkuasa yang sepatutnya memberikan keadilan bagi para mangsa.

Baca lagi: Cantik Jelita, 9 Watak Wanita Bangsawan dalam Kdrama 2024
Baca juga: 13 Pelakon Wanita Korea ini Bawa Watak Pelajar Sekolah dalam Kdrama 2024, Awet Muda Sentiasa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here