Home Entertainment Bukti Kim Garam Seorang Pembuli Sudah Jelas, HYBE Masih Kekalkan Kedudukannya Dalam...

Bukti Kim Garam Seorang Pembuli Sudah Jelas, HYBE Masih Kekalkan Kedudukannya Dalam Kumpulan?

0

Pada 19 Jun, terdapat satu post yang telah dikongsi oleh salah seorang netizen, tentang di manakah Kim Garam sekarang berada. Post tersebut telah mendapat perhatian di kalangan komuniti atas talian yang popular.

Selepas terlibat dalam kontroversi membuli di sekolah, ahli pujaan itu telah ‘berehat’ daripada sebarang aktiviti LE SSERAFIM.

Dengan lebih banyak dakwaan dan tuduhan terhadap Kim Garam walaupun selepas HYBE mengumumkan Kim Garam akan berehat seketika, ramai peminat LE SSERAFIM menuntut agar Kim Garam dikeluarkan dari kumpulan itu secara kekal.

Bagaimanapun, netizen mendakwa bahawa Kim Garam nampaknya sedang bersiap sedia untuk menyertai semula kumpulan itu kerana dia dilihat kerap berlatih di label HYBE dan dia baru-baru ini telah menandatangani album untuk peminat apabila dia bertemu dengan mereka.

1655690716 screenshot 20220619 010254 naver

1655690716 screenshot 20220619 010243 naver

Netizen kini membuat spekulasi Kim Garam dimasukkan ke dalam majalah Jepun Nonno edisi Ogos adalah untuk memudahkan ahli itu kembali ke dalam aktiviti kumpulan semula.

Adakah anda setuju jika Kim Garam kembali semula bersama LE SSERAFIM?

Baca lagi: “Lah Muka Hensem Tapi Kaki Buli ke?”, Aktor Nam Joo Hyuk Dituduh Membuli Ketika Sekolah

Baca lagi: Kerana Berkahwin, Sombong, Buli…5 Idola K-Pop Ini Dituntut Untuk Meninggalkan Kumpulan Mereka 

Sumber: [1]