Home Entertainment Lagu-lagu BTS yang Anda Tidak Tahu

Lagu-lagu BTS yang Anda Tidak Tahu

0

1655408462 6cubw7kcufh3nfr774fno3gfty

Kumpulan BTS telah memecah rekod dengan membuat kemunculan kembali menerusi album “PROOF”. Dengan gerak tari yang memukau penonton, pasti sukar buat peminat memilih lagu-lagu kegemaran mereka untuk didengari, tetapi ini adalah 5 lagu BTS yang anda semua tidak tahu, dan mungkin akan menjadi lagu kegemaran buat anda semua!

Sea: Lagu ini dilancarkan sekali ketika album “Love Yourself”:Her, mereka telah menghadiahkan sebuah lagu istimewa buat peminat mereka yang bersama dengan mereka ketika mereka baru mahu menerpa nama dalam arena industri musik. Lagu ini ditemani dengan alunan muzik seperti di tepi pantai, walaupun lirik lagu ini agak sedih, namun lagu ini sendiri telah memberi ketenteraman bagi pendengar nya.

So Far Away (BTS Ver): Datang daripada lagu yang telah di remix kan, lagu ini telah diterbitkan ketika BTS’2017 Festa. Lagu ini dinyanyikan oleh dua vokalis utama kumpulan, Jin dan Jungkook, diiring dengan rap daripada Suga. Lagu yang amat menarik untuk didengari bagi peminat BTS.

Change: Salah satu daripada kolaborasi di antara penyanyi BTS, dan bekas ahli kumpulan RM, telah berduet bersama dalam lagu Wale, Change, di mana lagu ini menceritakan tentang ketidak adilan dalam komuniti, lagu ini sangat memberi inspirasi.

Crying Over You Honne Ft RM: Lagu ini bukan dihasilkan oleh BTS tetapi suara RM sangat fit dengan lagu yang beralunan perlahan ini.

Come Back Home (BTS ver): Lagu ini ialah ciptaan dan nyanyian asal daripada penyanyi veteran, Seo Tae Ji, BTS telah menyanyi kan lagu ini dengan membawa alunan bunyi yang asli daripada mereka. Peminat boleh melihat persembahan mereka secara langsung di 4th Muster.

Sumber: AllKpop