Home Artis Korea Bebas dari Kanser, Woohyun INFINITE Muncul dalam Filem Terbaru ‘The Guardian’

Bebas dari Kanser, Woohyun INFINITE Muncul dalam Filem Terbaru ‘The Guardian’

0

Setelah sekian lama dinantikan, Woohyun INFINITE akhirnya muncul lagi sebagai pelakon dan mengubati kerinduan para peminat. Telah pulih dari penyakit kanser yang dihidapinya, bintang idola Kpop yang dilahirkan pada tahun 1991 ini dipilih menjadi pelakon utama dalam filem terbaru yang bertajuk The Guardian.

IMG 0784

Menurut laporan SPOTV pada Jumaat, 15 Mac 2024 yang lalu, Woohyun telah menyelesaikan sesi penggambaran yang dilakukan di Manila, Filipina dan kini telah memasuki proses produksi di Korea. Merupakan filem aksi dengan premis dan jalan cerita yang menegangkan, jom sama-sama kita lihat sinopsis filem The Guardian dan beberapa maklumat lain di bawah ini.

 

1. Sinopsis filem Korea The Guardian

WoohyunThe Guardian merupakan filem aksi yang mengikuti kisah perjalanan hidup seorang lelaki yang bernama Park Do Joon yang tinggal di Filipina bersama ibunya, Kim Mi Jin. Namun kehidupannya tiba-tiba menjadi haru biru apabila ibunya diculik oleh organisasi Filipina-Korea.

Kim Mi Jin, ibu Park Do Joon merupakan seorang wanita Korea yang berkerjaya dan sangat berjaya di Manila. Namun dia kehilangan segala-galanya akibat terlibat dengan perjudian. Kini demi untuk menyelamatkan ibunya, Park Do Joon rela melepaskan impian besarnya untuk menjadi atlet taekwondo kebangsaan. Lalu, adakah Park Do Joon berjaya menyelamatkan ibunya? Menarik bukan?

 

2. Senarai pelakon The Guardian

The guardianWatak utama Park Do Joon dibawa oleh Woohyun INFINITE. Selain itu, filem aksi ini juga turut dibintangi oleh beberapa orang pelakon popular Korea Selatan yang lain, berikut senarainya.

● Woohyun INFINITE sebagai Park Do Joon
● Park Eun Hye sebagai Kim Mi Jin
● Han Jae Seok sebagai Cha Dong Cheol
● Kim Ok Joo
● Kim Ji Oh
● Yassi Fressman (Pelakon Filipina)

 

3. Tarikh tayangan The Guardian

The gurdian

Merupakan filem aksi pertama Woohyun INFINITE selepas berjaya melawan penyakit kanser, memang tidak hairanlah jika ramai peminat sudah tidan sabar menyaksikan filem The Guardian. Khabarnya, filem ini akan ditayangkan di pawagam Korea Selatan, pada paruh kedua tahun ini.

Walau demikian, belum ada maklumat tentang penayangan secara global, termasuk di Malaysia. Jadi kita tunggu maklumat lanjut seterusnya ya!

Baca lagi: Filem Thriller Baru Korea ‘She Died’ Tampilkan Shin Hye Sun dan Byun Yo Han
Baca juga: Wonderful World Episod 9: Cha Eun Woo Berjaya Memusnahkan Perkahwinan Kim Nam Joo