Home Kdrama/Kmovie Bakal Ditayangkan 27 Mac, Kenali 4 Watak Utama Filem “Troll Factory”

Bakal Ditayangkan 27 Mac, Kenali 4 Watak Utama Filem “Troll Factory”

0

Troll Factory merupakan salah sebuah filem Korea yang sangat dinantikan. Ia direncanakan ditayangkan pada 27 Mac 2024 akan datang. Ia adalah mengenai seorang wartawan yang mengalami ketidakadilan dan kerjayanya menjadi taruhan.

Filem ini adalah berdasarkan novel “Daetgeulboodae” oleh Jang Kang-Myeong (diterbitkan pada 30 November 2015 oleh Eunhaengnamu). Dibintangi oleh ramai pelakon terkenal dan ternama, diantaranya adalah Son Suk Ku, Kim Sung Cheol, Kim Dong Hwi, dan Hong Kyung.

Buat anda yang ingin tahu tentang watak-watak utama yang dibawa oleh empat pelakon popular tersebut, semak ulasan selengkapnya di dibawah ya.

 

1. Im Sang Jin

FilemWatak pertama adalah Im Sang Jin yang dilakonkan oleh Son Suk Ku. Sang Jin bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat surat khabar. Wataknya ini digambarkan sebagai seorang lelaki yang berani dan dia langsung tidak gentar untuk menulis berita tentang penyalahgunaan kuasa dalam sebuah syarikat besar.

Oleh sebab keputusannya itulah dia mendapat ketidakadilan hingga dia digantung kerja. Filem Troll Factory Ini sekaligus juga merupakan projek lakonan keduanya untuk tahun 2024, sebelum ini Son Suk Ku tampil dalam A Killer Paradox sebagai detektif dengan yang sangat komited.

 

2. Jjingbboekking

df62e07e c066 440f 8900 8869bb5804e8Seterusnya adalah watak Jjingbboekking yang dilakonkan oleh Kim Sung Cheol. Tatapan Jjingbboekking tampak sangat tajam, setajam pemikirannya. Dia sangat mahir memanipulasi pendapat orang ramai dengan pemikiran dan penilaiannya yang pantas. Boleh dikatakan Jjingbboekking ialah ketua kepada pasukan buzzer Team Allep.

Filem Troll Factory merupakan kemunculan sulung Kim Sung Cheol dalam dunia lakonan untuk tahun tahun ini. Selepas tahun lalu dia tampil dalam dua drama sekaligus iaitu Hellbound 2 dan Death’s Game. Pembawaan watak dan lakonan Kim Sung Cheol sangar dinantikan dalam filem barunya ini.

 

3. Chattatkat

57ae5433 6c87 48f2 82b8 05d3983ef925Kim Dong Hwi juga berlakon dalam filem ini sebagai salah seorang anggota Team Allep yang bernama Chattatkat. Dia bertugas untuk menulis semua berita palsu atas arahan Jjingbboekking. Chattatkat juga merupakan pemberi maklumat tidak bernama yang mengungkap mengenai lokasi pasukan buzzer.

Kim Dong Hwi adalah pelakon baru yang baru sahaja melakukan debut pada tahun 2020. Walaupun begitu, bakat lakonannya tidak perlu diragukan lagi. Dia bahkan pernah meraih anugerah sebagai Best New Actor dalam Blue Dragon Film Awards ke-43 pada tahun 2022.

 

4. Paebtaek

91238e8e 229e 4131 92cd 922e731695f3Watak utama terakhir adalah watak Paebtaek yang dilakonkan oleh Hong Kyung. Watak ini adalah orang disebalik semua urusan teknologi Team Allep. Dia begitu tertarik dengan dunia manipulasi online kerana kesan yang diberikan juga sangat besar.

Nama Hong Kyung cukup menarik perhatian kerana penampilannya dalam drama Revenant (2023) bersama Kim Tae Ri. Filem Troll Factory merupakan projek lakonan pertama Hong Kyung pada tahun ini.

Troll Factory bakal menjadi salah sebuah filem yang menarik untuk diikuti. Penonton diajak mencari dalang disebalik ketidakadilan yang terjadi pada watak utama filem ini nanti. Adakah anda tertarik untuk menonton filem ini?

Baca lagi: 10 Kdrama Top yang Berbaloi Ditonton Berulang Kali
Baca juga: Peminat Hyeri? Ini 10 Pilihan Kdrama dan Filem Lakonannya