Home Disney+ 10 Kdrama Top yang Berbaloi Ditonton Berulang Kali

10 Kdrama Top yang Berbaloi Ditonton Berulang Kali

0

Drama-drama Korea memang selalu menampilkan cerita-cerita menarik yang sukar untuk dilupakan. Para peminat Kdrama pasti mempunyai drama-drama yang disukai dan boleh ditonton berulang kali tanpa jemu.

Berikut dibawah ini adalah pilihan 10 Kdrama yang top dan sangat popular semasa ditayangkan dulu. Drama-drama ini sangat berbaloi untuk ditonton berulang kali kerana jalan cerita yang menarik dan lakonan mantap yang dipersembahkan.

 

It’s Okay Not To Be Okay

1eb1dbcd dbdd 4b73 914f c62e8afa522eKdrama siri tvN ini dibintangi oleh Kim Soo-hyun, Seo yea-ji dan Oh Jung-se. Kisah penuh emosi berkaitan dengan seorang penulis buku dan seorang pekerja wad psikiatri.

 

Business Proposal

916c7f42 f4b8 431e 8e17 766baf28c980Business Proposal merupakan tontonan ringan dan santa menghiburkan. Cerita dalam drama ini adalah tentang seorang CEO yang secara tidak sengaja bertemu dengan pekerjanya ketika dia berjanji temu (blind date).

 

Fight For My Way

1793894a 3ef0 4f1b 9786 8fa44a3ef5dbKdrama komedi ini menceritakan tentang dua orang sahabat yang berusaha untuk mencapai impian mereka, namun akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain.

 

What’s Wrong with the Secretary Kim

71f00cb8 3a27 4d37 9f91 7cdf04b3cb87Drama siri Korea ini menceritakan tentang Lee Young Joon, seorang wakil presiden syarikat yang tampan, kaya, dan sombong, dan Kim Mi So, seorang setia usaha profesional yang bijak dan cantik. Mi So memutuskan untuk mengundurkan diri daripada pekerjaannya untuk mencari kehidupan sendiri. Namun, Young Joon tidak mahu kehilangan setia usaha yang sempurna. Kemudian, dia berusaha mencari cara untuk membuat setia usahanya bertahan.

 

Hospital Playlist

b888d22a d5e6 4374 9ad1 270f3113acb2Siri Hospital Playlist adalah siri komedi menarik yang mengisahkan tentang sekumpulan doktor yang telah berkawan sejak zaman kuliah lagi. Musim pertama siri ini ditayangkan pada tahun 2020 dan menampilkan Jo Jung Suk, Yoo Yeon Seok, Jung Kyung Ho, Kim Dae Myung, dan Jeon Mi Do sebagai pelakon utama.

 

Coffee Prince

efb23900 118f 4505 9b20 73229780f7d9Kdrama Coffee Prince telah memperkenalkan Gong Yoo dan Yoon Eun Hye hingga nama mereka dikenali seperti sekarang. Drama siri ini menceritakan tentang pemilik cafe yang jatuh cinta kepada pekerjanya. Coffee Prince ditayangkan di Netflix, WeTV, serta Viu.

 

Goblin

3bde507e 460d 496d b688 ea835ff3b331Kdrama fantasi komedi ini menceritakan tentang seorang pendekar yang disumpah dan memiliki kehidupan abadi, dia perlu mencari seorang pengantin untuk mengakhiri kehidupan abadinya.

 

The Glory

KdramaDrama siri ini mencuri perhatian kerana menjadi pentas kemunculan semula Song Hye Kyo. Selain itu, lakonan para pelakon lain turut mencuri perhatian. Pelakon-pelakon seperti Lim Ji Yeon, Park Sung Hoon, Kim Heiora, Kim Gun Woo, dan Cha Joo Young turut mendapat pujian dan disukai ramai. The Glory mendapat rating 8.1/10 dari IMDb.

 

Crash Landing on You

e3d5893c eb72 475e 9121 e353088388e3

Drama siri romantik komedi ini menceritakan tentang seorang waris konglomerat yang jatuh cinta dengan seorang tentera di Korea Utara.

 

Boys Over Flowers

DramaSementara itu, Boys Over Flowers juga merupakan Kdrama yang berbaloi untuk ditonton banyak kali dan pasti membuatkan peminat dan penonton terpaku dan terhibur serta bernostalgia. Siri drama ini boleh ditonton di iQIYI, Netflix, Viu, dan Bilibili TV, kisah gadis miskin yang bertemu empat orang lelaki tampan dan kaya raya di sekolah terkenal. Lee Min Ho dan Goo Hye Sun membawa watak utama juga menjadi faktor mengapa Kdrama ini wajib ditonton sekali lagi.

Jadi, drama manakah yang sudah anda tonton lebih dari sekali?

Baca lagi: 7 Kdrama Menarik yang Berjaya Bertahan hingga ke 2 Musim dan Lebih, Punya Peminat Tersendiri
Baca juga: 6 Pelakon Versatile Ini Digelar “Chungmuro” Kerana Kepelbagaian Lakonan Mereka