Home Kdrama/Kmovie 7 Kdrama Menarik yang Berjaya Bertahan hingga ke 2 Musim dan Lebih,...

7 Kdrama Menarik yang Berjaya Bertahan hingga ke 2 Musim dan Lebih, Punya Peminat Tersendiri

0

Lebih banyak musim lebih meriah!

Industri drama siri Korea Selatan berfungsi mengikut cara mereka tersendiri, bermain dengan genre yang tiada siapa berani hasilkan dan mencampurkannya dalam susunan yang mereka suka. Kisah-kisah yang mereka pilih untuk diceritakan biasanya sangat mendebarkan, terbukti mereka miliki kreativiti istimewa yang tidak dimiliki oleh penulis-penulis dari barat. Keunikan tersendiri!

Walau bagaimanapun, Kdrama biasanya ringkas dan berlangsung selama satu musim sahaja. Terdapat beberapa Kdrama menarik yang dihasilkan dalam 2 musim dan lebih.

Berikut dibawah ini adalah 7 Kdrama terbaik yang diteruskan dalam 2 musim dan lebih kerana mendapat sambutan yang hangat.

 

1. Alchemy of Souls (2022 – 2023) – 2 Musim

c0fb29a3 3f7c 4f64 aed2 479c00df2385Di sebuah negara fiksyen yang dikenali sebagai Daeho, kisah cinta terbentang antara dua jiwa iaitu Naksu dan Jang Uk. Keserasian antara pelakon, Lee Jae Wook dan Jung So Min nampak sangat kuat sehingga peminat tidak sabar-sabar untuk menonton satu lagi musim baru! Hasilnya muncullah musim ke-2 yang juga tidak mengecewakan.

 

2. D.P. (2021 – 2023) – 2 Musim

b2ffb7c4 c234 45b1 bd23 6856c19d5a58Kdrama ini benar-benar mencengkam perasaan keran berjaya menunjukkan had mental dan fizikal yang perlu dilalui oleh seorang tentera sebagai ketua pasukan yang menangkap tentera-tentera yang membelot. Walaupun kedua-dua musim untuk drama ini tidak begitu panjang dan hanya terdiri daripada enam episod setiap satu musim, kerinduan peminat dan penonton tetap terubat kerana jalan cerita drama ini sangat menarik dan memberi kepuasan kepada mereka.

 

3. Yumi’s Cell (2021 – 2022) – 2 Musim

5a63b7aa 7576 43ee b9ba 0a8e6517fa06Kdrama Yumi’s Cell diadaptasi dari sebuah Webtoon popular dengan tajuk yang sama. Uniknya, drama siri ini menggabungkan aksi hidup dengan animasi 3D untuk menampilkan sel-sel otak Yumi yang lucu dan menceriakan. Drama siri ini menceritakan tentang kehidupan seorang pekerja pejabat biasa yang bernama Yumi dari sudut pandangan sel-sel otaknya yang menguruskan setiap fikiran, perasaan, dan juga tindakannya.

 

4. Penthouse: War In Life (2020 – 2021) – 3 Musim

b5a5c077 844d 4a31 996e 95728ffe9961Siri ini berkisar tentang Hera Palace, sebuah apartment penthouse mewah dengan 100 tingkat. Penghuni Hera Palace mempunyai rahsia gelap mereka tersendiri dan mereka sukar untuk dipercayai kerana mereka semua mempunyai agenda tersembunyi.

 

5. Sweet Home (2020 – ongoing) – 3 Musim

bdfb51e8 f565 480c 9415 aa33ce04c11e
Kdrama ini sebenarnya sebuah drama seram yang juga merupakan tontonan yang
menghiburkan malah cukup menyentuh hati.
Seorang remaja bernama Cha Hyun Soo sangat kesepian kerana keluarganya meninggal dunia dan meninggalkannya sendirian, kini dia perlu mencari jalan untuk membina semula hidupnya. Namun, segala-galanya menjadi rumit apabila orang-orang di sekelilingnya mula bertukar menjadi makhluk yang dahsyat dan mengerikan!

 

6. Dr Romantic (2016 – 2023) – 3 Musim

KdramaKdrama ini mengikuti kisah Kim Sa Bu, seorang pakar bedah muda yang telah terbukti cemerlang dalam tugasnya. Tetapi selepas sebuah kemalangan tragis, hidupnya berubah sekelip mata. Memaksanya untuk meninggalkan segalanya dan berpindah jauh ke sebuah kampung kecil. Menukar namanya dan memulakan hidup baru, dia memutuskan untuk menjadi orang yang membantu mereka yang memerlukan.

 

7. Voice (2017 – 2021) – 4 Musim

Drama koreaVoice merupakan salah sebuah Kdrama terpanjang yang pernah dihasilkan dan sangat menarik. Drama siri ini berkisar tentang pembunuh bersiri misteri yang bertanggungjawab merosakkan kehidupan dua keluarga berbeza.

Penonton diperkenalkan kepada watak Moo Jin Hyuk, seorang detektif yang hidupnya terjejas disebabkan oleh pembunuh itu, kemudian muncul pula watak Kang Kwon Joo yang sedang mencari orang yang membunuh bapanya.

Mereka berdua banyak bertengkar pada mulanya, dan seolah-olah tidak ada cara untuk mereka bekerjasama, tetapi akhirnya mereka bergabung tenaga untuk melawan penjenayah yang berleluasa dan merungkai misteri yang menyelubungi hidup mereka.

Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Minat Kdrama Balas Dendam? Tonton 7 Kdrama ini, Ada Vibe My Name
Baca juga: 7 Pasangan dalam Kdrama 2024 Datang dari Latarbelakang Berlainan, Banyak Ujian