Home Kdrama/Kmovie 7 Pasangan dalam Kdrama 2024 Datang dari Latarbelakang Berlainan, Banyak Ujian

7 Pasangan dalam Kdrama 2024 Datang dari Latarbelakang Berlainan, Banyak Ujian

0
Kdrama

Kehidupan rumah tangga pasangan suami isteri kini sedang dipertontonkan dalam Kdrama Queen of Tears. Liku-liku masalah perkahwinan yang sedang dialami oleh Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) dan Hong Hae In (Kim Ji Won) selepas 3 tahun bergelar suami isteri. Perubahan suasana dalam hubungan mereka membuatkan Baek Hyun Woo ingin berpisah dengan isterinya.

Baca juga: Muncul dengan Watak Menyebalkan dalam Queen of Tears, Berikut 10 Kdrama yang Pernah Dibintangi Kim Jung Nan

Pertemuan mereka bermula di tempat kerja semasa Hong Hae In menjadi pekerja pelatih dengan menyembunyikan identitinya sebagai anak pemilik syarikat. Baek Hyun Woo mula terpesona dengan Hong Hae In yang pada itu disangkakan berasal dari keluarga miskin. Mereja berkahwin walau hubungan mereka ditentang kerana latar belakang keluarga yang berbeza.

Perbezaan latar belakang tidak mengurangkan rasa sayang antara satu sama lain. Namun, perkara itu menjadi cabaran bagi para pasangan ini untuk mendapat restu keluarga. Adakah mereka boleh bersama? Berikut adalah kisah 7 pasangan dalam Kdrama yang ditayangkan pada awal 2024 yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

 

1. Berasal dari kampung, Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) berkahwin dengan rakan sekerjanya, Hong Hae In (Kim Ji Won) yang sebenarnya adalah golongan chaebol dalam Kdrama Queen of Tears

b2880202 5d0c 4d0b 80d5 0e6f5ee4c876

 

2. Merupakan anak luar nikah keluarga chaebol, Kang In Ha (Lee Jun Young) jatuh cinta dengan Na Hye Won (Hong Su Zu) yang datang dari keluarga miskin dalam Kdrama The Impossible Heir

aeda9d74 10f4 4583 8c22 9a5cd1deee7c

 

 

3. Didesak oleh datuknya, Lee Do Han (Kim Do Wan) yang kaya raya merancang untuk berkahwin secara kontrak dengan Na A Jeong (Jeon Jong Seo) dalam Kdrama Wedding Impossible

ff94414f 1c4c 4832 bb9b cf59e510b4aa

 

 

4. Dari keluarga doktor, Yeo Jung Woo (Park Hyung Sik) bercinta dengan Nam Ha Neul (Park Shin Hye) yang juga merupakan seorang doktor dalam Kdrama Doctor Slump, tapi latar belakang mereka sangat berbeza

40ac1157 f4c9 4b47 9417 1f5bac51468d

 

 

5. Ingin balas dendam kepada isterinya, Heo Soon Young (Son Ho Jun) menjalin hubungan gelap bersama Kwon Yoon Jin (So Yi Hyun) yang sebenarnya kaya dalam My Happy Ending

80fd4148 49f7 45d0 b803 659e772e1cd4

 

6. Pengaruh keluarga Jin Yi Soo (Ahn Bo Hyun) membuatkan dia dan Lee Gang Hyun (Park Ji Hyun) lebih mudah menangani kes jenayah dalam Kdrama Flex X Cop

328eaa02 875d 4faf 85ce 8ca511d01009

 

7. Pulang ke masa lalu, Kang Ji Won (Park Min Young) akhirnya berkahwin dengan anak chaebol, Yoo Ji Hyeok (Na In Woo) dalam Kdrama Marry My Husband

Kdrama

Walau mempunyai latar belakang yang sangat berbeza, pasangan-pasangan dalam drama Korea yang ditayangkan pada awal 2024 di atas berjaya mendapat restu keluarga untuk bersama melayari bahtera rumah tangga. Mereka saling menyokong antara satu sama lain supaya lebih kuat dalam menghadapi masalah yang dihadapi. Walau begitu, tidak semua hubungan su berjalan indah seperti yang diharapkan sebelumnya.

Sudahkah anda tonton semua drama diatas? Pasangan manakah yang paling anda gemari?

Baca lagi: 11 Watak dalam Drama Korea 2024 Sengsara kerana Perbuatan Ibu Bapa Mereka
Baca juga: 11 Kdrama ini Tampilkan Watak CEO Wanita, Pesona Wanita Berkuasa