Home Kdrama/Kmovie Bagaimana CGI Digunakan Dalam Drama “The Witch’s Diner” Untuk Bagi Gempak

Bagaimana CGI Digunakan Dalam Drama “The Witch’s Diner” Untuk Bagi Gempak

0

Terpukau dengan penampilan elegan dan aura misteri Ji Hyo yang pegang watak ahli sihir dalam drama ‘The Witch’s Diner’?

unnamed
Via Koreaboo

Drama adaptasi daripada judul novel yang sama ini mengisahkan ahli sihir yang jadi tauke restoran. Makanan yang dijualnya bukan biasa-biasa kerana ia dapat mengabulkan permintaan dengan menuntut jiwa pelanggan sebagai galang gantinya.

Song Ji Hyo berperanan sebagai pemilik restoran dan ahli sihir bernama Hee Ra, sementara Nam Ji Hyun sebagai Jin, rakan kongsi niaga dan Chae Jong Hyeop pula pegang watak Gil Yong, seorang pekerja sambilan.

the witchs diner
Via Soompi

Drama jenis dark fantasy itu turut mendapat sentuhan imej janaan komputer atau CGI untuk ‘menghidupkan’ cerita tersebut. Ia merupakan hasil karya Lee Yong Seop, penyelia di syarikat Westworld yang bertanggungjawab pada projek CGI dalam The Witch’s Diner.

Dalam satu temu bual bersama Soompi, Lee Yong Seop menjelaskan bahawa konsep karya CGI ini adalah “dongeng aneh dan kelam.”

“Hee Ra digambarkan sebagai seorang wanita cantik dan bijaksana yang dapat mengabulkan permintaan orang biasa. Nampak baik, dan ikhlas, tetapi dia juga ada sisi kejam dan bahaya. Kami ingin menggabungkan keanggunan dan kecantikannya dengan keseraman dan aura dingin.” kata Lee Yong Seop.

the witchs diner song ji hyo nam ji hyun
Via Soompi

Sambungnya lagi, “Kami menggunakan CGI untuk menunjukkan bahawa sihirnya tersembunyi di sebalik wajah ahli sihir yang cantik itu. Kami memfokuskan pada warna ungu untuk mewujudkan penampilan yang elegan dan meremang. Apabila Hee Ra menukar pakaiannya, kami juga menjadikan aura magisnya berwarna ungu. ”

Selain itu, Lee Yong Seop turut menampilkan pokok mandrake yang boleh bercakap dan berbalas dengan pelakon. Walaupun banyak kerja, dia mengatakan pihaknya cukup berpuas hati dengan hasilnya.

Apa pendapat anda tentang CGI dalam “The Witch’s Diner”?

Sumber: Soompi