Home Lifestyle Video Home Café Korea Untuk Sejukkan Hati Anda

Video Home Café Korea Untuk Sejukkan Hati Anda

0

Bunyi ais batu yang berwarna-warni diletakkan ke dalam gelas cantik, kemudian dituangkan pula air karbonat, susu atau kopi sambil dilatari muzik Jazz kadang boleh memberi ketenangan kepada sesetengah orang.

Home café pernah menjadi trend utama di Korea Selatan dan dapat dijumpai dalam Instagram menerusi hashtags #homecafe atau dalam bahasa Korea #홈카페.

Menurut laman Eater via Korea Herald, Home café merupakan satu manifestasi kepada idea ‘sederhana tetapi bahagia’. Kadang-kadang kan, kebahagiaan itu datang daripada perkara simple contohnya menikmati secawan kopi atau makan cendol di gerai tepi jalan.

Tulis Ju-young Park dalam portal Korea Herald, dalam dunia yang bergerak laju, desakan mengejar kejayaan, wang dan mendaki tangga karier ini, terselit efek nyaman dalam perkara yang sederhana seperti menonton video home café.

Saat melihat dan mendengar bunyi air manis dituangkan ke dalam gelas berais dan dihiasi dengan topping, siapa tahu, mungkin rasa stress anda juga akan berterabur hilang dengan video estetik ini.

Sumber: Eater, Snack Fever