Home Entertainment Artis Genius Korea Yang Melanjutkan Pelajaran Di Luar Negara

Artis Genius Korea Yang Melanjutkan Pelajaran Di Luar Negara

0

Paras rupa yang cantik, tampan dan tubuh badan menawan datang dengan pakej lengkap kebijaksanaan intelektual yang jitu. Demikian beberapa orang artis Korea Selatan yang bukan sahaja berbakat besar, memukau dari segi wajah dan penampilan, bahkan turut berpendidikan tinggi sehingga dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Menurut satu bancian yang dilakukan secara statistik di Korea Selatan pada tahun 2021, sekitar 31 peratus responden mengatakan bahawa mereka akan menghantar anak-anak mereka ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Ramai pelajar dari Korea Selatan telah memilih untuk belajar ke luar negara. Alasan utama untuk sambung belajar di luar negara adalah mereka mahu menikmati pelbagai peluang dalam sistem pendidikan yang maju.

Secara khusus, mereka memilih negara Amerika Syarikat sebagai tempat untuk meneruskan pelajaran kerana negara ini merupakan sebuah negara yang menggunakan Bahasa Inggeris yang paling mudah difahami bagi orang-orang Korea. Jumlah pelajar-pelajar Korea Selatan yang mendaftar di universiti-universiti sekitar AS pada 2020/2021 adalah lebih kurang 39 ribu orang.

Berikut merupakan senarai beberapa orang artis Korea Selatan yang berjaya menghabiskan pelajaran di luar negara:

 

1) Choi Woo-shik

DE74A3D7 9AF2 4E25 AC99 ABDB921ED2FE

Aktor yang sering membintangi filem-filem Korea hits seperti Parasite dan Train to Busan ini pernah berpindah ke Vancouver, Kanada bersama keluarganya sewaktu dia masih di bangku persekolahan. Choi Woo-shik juga pernah menghabiskan sepuluh tahun hidupnya tinggal di British Columbia, dan merupakan alumni kepada Simon Fraser University, Kanada.

 

2) Henry Lau

4600861E 82C0 42EC A59A ABD03E3918AB

Bekas anggota kumpulan Super Junior ini merupakan lulusan sekolah muzik antarabangsa di Amerika Syarikat iaitu Berklee College of Music. Henry adalah lulusan alma mater yang sama dengan pemuzik terkenal seperti John Mayer dan Charlie Puth. Selain itu, Henry juga sememangnya dikenali sebagai seorang yang fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris, Mandarin dan Korea.

 

3) Park Bom

36F5EF07 223A 457C 91A8 7E86BB96A2DF

Artis wanita ini merupakan bekas anggota kumpulan 2NE1 ini sememangnya diketahui memiliki kebolehan intelektual yang baik dan telah belajar di luar negara. Park Bom melanjutkan pelajaran dalam pendidikan Psikologi di Universiti Lesley di AS. Selepas itu penyanyi wanita yang ini memilih untuk berpindah dan akhirnya mendapat kelulusan dari Sekolah Muzik Berklee di Amerika Syarikat.

 

4) Jasper Cho

7D72CB31 DBCE 419C 8274 50F71734C077

Masih ingatkah dengan watak Alex dalam filem Start Up? Jasper Cho ternyata memiliki latar belakang yang tidak jauh berbeda dengan karakter Alex itu sendiri iaitu pernah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Jasper Taekwan Cho atau biasanya dikenali dengan nama Jasper Cho adalah aktor Korea Selatan yang mempunyai kerakyatan Kanada. Pelakon ini membesar di Kanada dan menghabiskan persekolahan serta pelajaran tinggi di negara tersebut. Aktor kacak ini menyandang gelaran sarjana dari University of Toronto.

 

5) Tablo

6614B15E CC0C 4398 B11A 9C516FE9B19E

Penyanyi rap dari Korea selatan ini yang juga merupakan anggota kumpulan Epic High, juga merupakan lulusan dari salah satu universiti terbaik di dunia. Siapa sangka penghibur serba boleh ini adalah lulusan dari universiti tersohor di dunia iaitu Universiti Stanford, Amerika Syarikat. Universiti ini merupakan salah satu universiti dengan status antarabangsa yang paling sukar untuk menerima masuk para pelajar, hanya pelajar terbaik sahaja dipilih untuk menyambung pelajaran di sana. Tablo ternyata sangat pintar apabila lulus peringkat sarjana bagi bidang penulisan kreatif dan master dalam bidang Bahasa Inggeris dalam tempoh waktu selama tiga setengah tahun sahaja.

 

6) Lee Seo-jin

054B0319 AE07 4E69 ACA6 93ADCFC74AFB

Lee Seo-jin yang merupakan aktor dari Hook Entertainment ini merupakan alumni dari New York University, Stern School of Business jurusan Business Management. Pada tahun 2011, Lee bergabung dengan syarikat Ask Veritas Assets Management yang fokus kepada kekayaan intelektual dan juga pelaburan hartanah. Aktor yang dilahirkan pada 30 Januari 1971 ini adalah pengarah pelaksanaan untuk bahagian konten global kedua syarikat tersebut. Selain terkenal sebagai seorang pelakon, Lee Seo-jin juga merupakan ahli perniagaan berjaya.

Baca Lagi: Kemurungan Dan Tekanan Emosi Sebab Utama Artis Korea Ini Mengakhiri Nyawa Sendiri

Baca Juga: Skandal Buli Dan Pelacuran Artis Korea Mengejutkan Dunia