Home Entertainment Apa Yang Menarik Mengenai Seo Hyun Jin yang Netizen Tidak Tahu

Apa Yang Menarik Mengenai Seo Hyun Jin yang Netizen Tidak Tahu

0

Aktress Seo Hyun Jin, bukan sahaja pelakon, beliau juga merupakan penyanyi terkenal di Korea Selatan. Sebelum ini, beliau dibawah naungan agensi S.M. Entertainment, dan kemunculan pertamanya sebagai vokalis untuk kumpulan M.I.L.K pada tahun 2001 dan seterusnya sebelum kumpulan itu dibubarkan pada 2003.

Selepas M.I.L.K, aktress ini menyambung pengajian nya di Dongduk Women’s University, dalam bidang musik bagi memastikan impian dan cita-cita nya sebagai penyanyi sentiasa mekar. Seo telah menyumbang suara bagi beberapa runut bunyi di bawah SM Town dan bergerak secara solo. Pada tahun 2006, beliau telah menceburi bidang lakonan.

dummy 4

Seo telah menceburi bidang lakonan dengan filem pertama muzikal, The Sound of Music (2006), diikuti beberapa kemunculannya dalam siri televisyen dan filem. Dia dikenali selepas memegang watak utama, Oh Hae Young dalam drama bersiri romantik komedi, Another Miss Oh (2016), dan mula dikenali ramai selepas membintangi drama bersiri Dr Romantic (2016-2017) dan drama romantik Temperature of Love (2017) dan The Beauty Inside (2018).

 

Beliau telah membintangi drama bersiri Why Her sebagai watak Oh Soo Jae iaitu peguam yang sangat berbakat dan menjadi antara peguam termuda di TK Law Firm. Firma guaman itu dikatakan paling terkenal di korea selatan. Oh Soo Jae sangat tekun untuk memenangi kes yang dikendali oleh nya dan mempunyai prinsip tersendiri. Dia ingin mencapai kejayaan tetapi dia telah terlibat dengan satu kes yang tidak disangka dan diturunkan pangkat kepada professor di sebuah sekolah guaman.

why her 18052022 1

Di sekolah itu, dia telah bertemu dengan Gong Chan (Hwang In-Yeop). Dia juga merupakan pelajar di sana, dan memiliki sejarah hidup yang sangat perit namun berhati mulia. Dia telah jatuh cinta kepada Oh Soo-Jae dan sanggup melakukan apa sahaja.Sementara itu, Choi Tae-Kook (Heo Jun-Ho), pengerusi TK Law Firm, sanggup melakukkan apa sahaja bagi memenuhi hasrat hidupnya walaupun perkara itu tidak bertamadun.

Tontoni drama bersiri guaman ini yang disiarkan di platform Viu.