Home Entertainment Drama Terbaru Seo Ye Ji ‘EVE’ Dikritik, Tetapi Jalan Cerita Sangat Menarik!

Drama Terbaru Seo Ye Ji ‘EVE’ Dikritik, Tetapi Jalan Cerita Sangat Menarik!

0

Siapa yang tak kenal pelakon wanita yang bernama Seo Ye Ji? Seo Ye Ji merupakan salah seorang pelakon popular Korea Selatan dan telah membintangi banyak drama hit..

Untuk pengetahun, Seo Ye Ji baru sahaja kembali berlakon dengan drama terbarunya ‘EVE’ selepas ‘berehat’ beberapa bulan, akibat daripada kontroversi bersama bekas teman lelaki, Kim Jung Hyun.

Untuk mengubati rindu kepada Seo Ye Ji, jom kita lihat 3 drama yang dibintanginya:

Hwarang: The Poet Warrior Youth

23f99c367ed46bc5fe97fadd03ce6222

Drama Korea yang penuh dengan pelakon dan artis popular ini memfokuskan kepada kisah sebuah kumpulan bernama “Hwarang”.

Yang mana di dalam kumpulan itu, terdapat barisan kesatria dan tentera yang berwajah kacak dengan kisah pengembaraan mereka yang berbeza.

Anda boleh menonton Seo Ye-ji di sini dengan wataknya sebagai Puteri Sook Myung. Selain itu, drama ini juga turut dibintangi oleh seorang idola K-Pop yang terkenal iaitu V, BTS.

Save Me

004869100 1594230075 Save me Soompicom

Selain Seo Ye Ji, drama bersiri ini juga turut dibintangi oleh Ok Taecyeon, Jo Sung Ha, dan Woo Do Hwan. Drama ini mengisahkan tentang Im Sang Mi (Seo Ye Ji) yang berpindah dari Seoul ke Daegu selepas bapanya jatuh muflis.

Malangnya, adik kembar Sang Mi membunuh diri dan ibunya menjadi gila. Bapanya kemudian menyertai satu kumpulan ajaran sesat yang menjanjikan keluarganya boleh bersatu semula dengan anak lelakinya yang sudah mati.

Im Sang Mi kemudian berusaha untuk melarikan diri daripada tempat itu dan kemudian, bertemu dengan Han Sang Hwan, seorang anak kepada ahli politik korup yang berusaha menyelamatkan Sang Mi.

Baca lagi: Apa Yang Menarik Mengenai Seo Hyun Jin yang Netizen Tidak Tahu

EVE

Screenshot 2022 06 16 085814

Seo Ye Ji di dalam drama ini memainkan watak sebagai Lee Ra El, seorang wanita yang mempunyai bapa yang bijak dan seorang ibu yang cantik.

Namun, keluarganya telah dimusnahkan oleh seseorang yang mempunyai kuasa besar di Korea Selatan. Kemudian, dia dengan teliti menyediakan rancangan membalas dendam selama 13 tahun untuk dirinya dan keluarganya.

Lee La El berubah menjadi seorang wanita dengan pesona maut selepas insiden yang menimpa diri dan keluarganya itu.

Anda boleh menonton ketiga-tiga drama Seo Ye Ji ini menerusi laman web atau muat turun aplikasi Viu.

Jangan lupa untuk aktifkan akaun anda ke Viu Premium, supaya anda boleh menonton semua drama dan filem pilihan anda tanpa iklan.