Home News Seorang Pelakon Lelaki Ditahan Polis Kerana Cubaan Membunuh Isterinya Yang Juga Seorang...

Seorang Pelakon Lelaki Ditahan Polis Kerana Cubaan Membunuh Isterinya Yang Juga Seorang Pelakon

0

Pada 14 Jun, Balai Polis Yongsan di Seoul telah menahan dan menyiasat seorang lelaki yang tidak dinamakan itu atas tuduhan cubaan membunuh.

Dilaporkan bahawa lelaki itu telah menikam isteri pelakonnya dengan sebilah pisau di lobi di rumahnya di Itaewon, Yongsan-gu, Seoul, sekitar jam 8:40 pagi.

Pelakon itu ditikam di leher dan dibawa ke sebuah hospital berhampiran untuk dirawat. Khabarnya si isteri adalah seorang pelakon berusia 40-an.

1655234539 image

Pelakon wanita itu pernah menjadi model dan kemudian membuat debut sebagai penyanyi. Kemudian dia aktif sebagai pelakon selepas kumpulannya dibubarkan. Namanya semakin popular pada akhir tahun 2000-an kerana banyak muncul sebagai pelakon pembantu dalam pelbagai drama.

Polis tiba di kediaman itu selepas laporan dibuat dan menangkap lelaki itu. Polis sedang menyiasat motif jenayah yang telah berlaku itu.

Setakat ini, telah didedahkan bahawa kedua-duanya telah duduk berasingan, dan isteri mempunyai perintah larangan terhadap suami. Polis percaya si suami telah menunggu isteri dengan sebilah pisau di lobi apartmen sebelum melakukan jenayah itu.

Baca lagi:  ‘Dituduh’ Memegang Dada Wanita, Bekas Ahli B.A.P Himchan Dedah Cerita Sebenar Pada Hari Kejadian

Baca lagi: “Saya tertanya tanya mengenai kerjaya saya selepas berpisah”, Selena Gomez Mengaku Perpisahan Dengan Justin Bieber Banyak Membantu

Sumber: [1]