“Bahagian paling sukar adalah ketika saya dan kumpulan terpaksa masuk ke sebuah bilik yang penuh dengan gas”.

Demikianlah cerita Gene Kim yang berkhidmat sebagai tentera Korea Selatan selama dua tahun (2009-2011) dalam siaran video Business Insider.

161112 ray column
Via Business Insider

Pada mulanya, Kim rasa sangat terpaksa untuk mengheret kakinya ke kem ketenteraan di tempat terpencil itu. Dia tengok ramai juga yang ‘paksa rela’ sepertinya, tiada seorang pun yang bersemangat untuk berada di sana dan cuma tunggu setiap detik itu berlalu dengan cepat.

Tiada kawan, tiada telefon bimbit dan terasing daripada masyarakat. Mereka harus mengucapkan selamat tinggal buat sementara kepada kehidupan bebas sebelum ini dan mengorbankan masa muda dua tahun demi negara.

Lima Minggu Terawal Seperti Neraka Dunia

Latihan selama lima minggu itu adalah salah satu pengalaman paling getir yang Gene pernah lalui.

Sebagai pelatih, mereka tiada sebarang suara walaupun selalu ditengking dan disuruh buat itu ini. Instructor juga akan menakut-nakutkan mereka supaya mental kental sebagai tentera.

Bila mahu dapatkan sesuatu, mereka harus bergerak pantas atau berlari untuk menggapainya. Dapat rehat lima minit pun dah puas hati.

Latihan Senjata Kimia

Salah satu latihan yang masih segar dalam ingatan Gene adalah persiapan tentera untuk mempertahankan diri daripada serangan kimia.

Dia dan kumpulannya memakai topeng dan diarahkan untuk masuk ke sebuah bilik yang penuh dengan gas.

Sampai sana, mereka diperintahkan supaya cabut topeng. Walaupun gas itu tidak memberi kesan panjang kepada kesihatan, Gene kata sakit sangat bila terdedah pada gas tersebut rasa macam kena cucuk dengan 1000 jarum.

Kalau tersedut gas itu pula, rasa macam tercekik dan tak cukup oksigen. Semua orang saling berpegangan untuk bertahan, ada yang sudah tergolek di lantai dan ada yang cuba berlari keluar tapi dihalang penjaga. Keadaan sungguh kacau pada ketika itu.

Selepas Lima Minggu

Selepas latihan selama lima minggu, mereka dipindahkan ke batalion lain yang bakal jadi ‘rumah baru’ kepada mereka sebagai sarjan muda.

Dari hari pertama sampai habis perkhidmatan, mereka dengar banyak perkara mengenai Korea Utara daripada para pegawai.

Otak mereka macam dah kena cuci atau brainwashed yang tentera Korea Utara memang dicop sebagai musuh. Gene baru tahu yang Korea Utara telah menyerang Korea Selatan walaupun telah berlaku beberapa kali gencatan senjata dan kemungkinan untuk berlaku lagi itu ada.

Kenapa Pemuda Korea Wajib Khidmat Tentera?

Undang-undang di sana mewajibkan setiap lelaki untuk berkhidmat sebagai tentera, dan sangat sukar untuk keluar daripada tanggungjawab itu. Sekiranya ada yang sengaja mengelat, hukuman penjara setia menanti.

Khidmat ketenteraan ini mandatori sebab hubungan Korea Selatan dengan Korea Utara yang keruh. Sejak Perang Korea, Korea Selatan selalu memastikan tentera dan para pemuda untuk bersiap siaga.

main qimg 95f7e16a123275fe51a80919fc7385f8
Via Quora

Apabila Gene mengimbas kembali pengalamannya, sebenarnya ada beberapa perkara yang dia belajar. Ada pepatah dalam tentera mengatakan, “Jika anda tidak dapat membuatnya jadi, buatlah sampai jadi.” Maksudnya kalau kita betul-betul hendakkan sesuatu, kita mesti boleh mencapainya.

Sumber: Business Insider

Previous articleGaji Penerbit BTS Termahal Di Korea Selatan
Next articleSyrena, Si Duyung Profesional