Home Business Gaji Penerbit BTS Termahal Di Korea Selatan

Gaji Penerbit BTS Termahal Di Korea Selatan

0

Penerbit di belakang lagu hit kumpulan popular BTS adalah Kang Hyo-won, 37 atau dikenali juga sebagai Pdogg.

Dalam tempoh Januari hingga Julai lalu, beliau menjana lebih 40 bilion won (kira-kira RM 145 juta) sekali gus menobatkan dirinya sebagai kakitangan paling mahal dibayar dalam mana-mana syarikat tersenarai di Korea Selatan bagi tempoh separuh pertama tahun ini.

Menurut laporan Harian Metro, gaji Kang sekitar 38 juta won (kira-kira RM138,000), namun Kang juga memperoleh 39.9 bilion (kira-kira RM144 juta) won daripada pegangan saham dan 111 juta won (kira-kira RM402,000) insentif, kata syarikatnya.

Tahun lalu, syarikat rakaman mereka, HYBE berjaya disenaraikan di pasaran saham berprofil tinggi.

Di kedudukan kedua adalah Chung Mong-koo, Pengerusi Kehormat Hyundai Motor Group yang memperoleh 30.2 bilion won (kira-kira RM109 juta), sebahagian besarnya daripada pendapatan Hyundai Mobis, cabang perkhidmatan penyelenggaraan dan alat ganti Hyundai.

Dua lagi eksekutif HYBE iaitu ketua pegawai eksekutif, Yoon Suk-joon dan pengarah urusan, Kim Shin-gyu masing-masing berada di kedudukan ketiga dan keempat.

Sumber: Harian Metro