Aktres Seo Ye-ji bakal kembali ke skrin drama, memperbaharui kontraknya dengan agensi pengurusannya, Gold Medalist.

Menurut laporan media Korea, Ye-ji sudah lama bersama dengan agensi tersebut, sejak awal kewujudan syarikat itu lagi. Jadi pihak agensi mahu sambung menaunginya kerana mereka saling mempercayai antara satu sama lain.

Sebelum ini, kehidupan peribadi Ye-ji dilanda kontroversi ekoran keretakan hubungan dengan bekas kekasihnya, pelakon Kim Jung-hyun didedahkan kepada orang ramai pada April tahun lalu.

Bagaimanapun, dilaporkan agensi itu sekali lagi mahu memimpin tangan aktres tersebut dalam kariernya atas kepercayaan yang telah terbina.

Seo Ye-ji debut pada tahun 2013 dengan drama tvN “Potato Star”. Sejak itu, bintangnya terus bersinar menerusi drama seperti “Save Me”, “Lawless Lawyers”, “It’s Okay to Not Be Okay,” dan “By Quantum Physics: A Nightlife Venture”.

Baru-baru ini, berita tentang kembalinya aktres itu ke arena hiburan telah menarik perhatian ramai selepas kontroversi yang menimpa dirinya.

Seo Ye-ji kini sedang menjalani penggambaran drama “Eve’s Scandal” yang tayangannya dijadualkan tahun ini. Drama genre romantik yang turut menampilkan pelakon Park Byung-eun, Yoo Sun-yup dan Lee Sang-yeop ini mengisahkan kes saman cerai bernilai 2 trilion won oleh sebuah konglomerat dan kecoh satu Korea.

Sumber: Kbizoom

Previous articleJay Park Mengimbau Kontroversi Yang Buatkan Dia Tinggalkan 2PM Dan Dihentam Warga Korea
Next articleIni Sebab Kenapa Selebriti Korea Jarang Guna Media Sosial