Artis warga Korea-Amerika, Jay Park berkongsi masa silam tentang keretakan hubungannya dengan Korea dalam episod pertama rancangan temu bual ‘Paik’s Spirit’ di Netflix.

Sambil makan dan minum, mereka bersembang saat-saat Jay Park dikecam hebat kerana komen negatif dari masa lampau.

Semuanya bermula pada tahun 2009 sewaktu netizen korek akaun media sosial peribadi Jay Park, mereka jumpa komen-komennya terhadap Korea yang dimuat naik sejak 2005 ketika artis hip-hop itu baru mula training di JYP Entertainment.

Komen-komen yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu dihantar kepada kawannya, “Korea ni gay. Aku benci orang Korea, Aku nak balik.” Terus viral selepas ditemui postingan tersebut.

Tiga hari kemudian, dia terkeluar daripada kumpulannya, 2 PM dan balik ke rumahnya di Seattle, Amerika Syarikat.

“Sebenarnya itu bukan kehendak saya untuk datang ke Korea pada mulanya. Apabila saya ditawarkan menyertai JYP Entertainment, mak suruh pergi demi masa depan kami. Keluarga saya bergelut dengan masalah kewangan di Seattle, dan beliau rasa saya mampu buat duit jika pergi ke sana.” – Jay Park.

“Sudah ramai sebenarnya artis popular di JYP Entertainment ni, saya tak tahu sangat tentang JYP Entertainment atau Korea ni, tapi saya pergi demi keluarga saya. Kehidupan di Korea amat berbeza dengan apa yang saya fikir.”

“Bukan sahaja ini kali pertama tinggal berjauhan daripada keluarga dan rakan-rakan, tetapi saya juga kena tinggalkan segala-galanya di Seattle untuk itu. Jadi, bukan mudah sebenarnya untuk saya, perbezaan budaya dan segala-galanya. Saya mungkin kompelin hal itu kepada kawan-kawan saya di Amerika, jadi semuanya (kontroversi) bermula dari situ.”

“Selepas dapat perhatian kerana jadi ketua 2PM, seseorang gali komen-komen lama dari media sosial yang saya dah tak guna dan ia jadi isu besar. Masa tu, orang asyik cakap, ‘Jay Park benci Korea dan rakyat Korea.’ Mana ada, sebab mak dan ayah saya orang Korea, dan saya sendiri pun orang Korea.”

Jay Park mengakhiri ceritanya dengan berkata, “Apa pun, dulu saya jahil dan tak pakai otak. Terlalu mentah, pentingkan diri dan cakap lepas. Saya expect semua orang patut hidup macam saya. Sebelum ini tak pernah keluar dari Seattle, jadi saya tak nampak dunia luar daripada kepompong hidup saya. Saya mengaku itu memang salah saya.”

Sumber: SBS

Previous articleKehidupan Dalam K-Drama VS Realiti Kehidupan Di Korea
Next articleAgensi Tetap Okay Nak Terima Seo Ye-ji Balik