Home Anime Penamat Epik Dr. Stone, Misi Terakhir Senku untuk Menyelamatkan Dunia

Penamat Epik Dr. Stone, Misi Terakhir Senku untuk Menyelamatkan Dunia

0

Siri anime Dr. Stone akhirnya tiba ke penamatnya! Selepas perjalanan panjang yang penuh dengan eksperimen berani, aksi mendebarkan dan idea-idea saintifik yang luar biasa dari Senku serta pasukannya dalam Kingdom of Science. Musim keempat yang berjudul Dr. Stone Season 4: Science Future Part 2 kini ditayangkan secara eksklusif di Netflix bermula 10 Julai 2025, dan menjadi bab terakhir dalam trilogi musim terakhir siri ini.

Dr. Stone bergenre pengembaraan sains ini diadaptasi daripada manga hasil karya Riichiro Inagaki dan Boichi. Dr. Stone membawakan satu pengakhiran yang penuh mendalam dengan meneroka dunia yang lebih luas, sambil menyuguhkan pelbagai cabaran saintifik yang lebih gila dan mencabar.

Misi utama Senku untuk mengembalikan semula peradaban manusia selepas zaman pembatuan menjadi tema utama yang dibawa hingga ke babak penutup ini.

Stone

Musim terakhir ini turut memperkenalkan dua watak baharu yang cukup menarik perhatian. Watak pertama, Charlotte, disuarakan oleh Minami Hinata, merupakan ahli pasukan terbaharu yang bijak dan penuh misteri. Kehadirannya memberi nafas baharu kepada dinamik kumpulan Kingdom of Science.

Watak kedua pula ialah Brody Dudle, disuarakan oleh Hiroki Yasumoto, yang muncul sebagai antagonis utama baharu. Brody menampilkan satu cabaran ideologi yang berbeza daripada Senku, lantas mencetuskan pertembungan intelektual dan konflik mendalam yang tidak dijangka.

Gabungan karakter baharu dan cabaran saintifik yang makin kompleks menjadikan musim terakhir ini lebih dinamik, penuh kejutan serta sarat dengan elemen strategi dan psikologi. Ia bukan sekadar tentang mencipta alat atau teknologi, tetapi menyentuh persoalan moral, masa depan manusia, dan nilai sebuah tamadun.

stone

Dr. Stone bukan hanya satu anime tentang pengembaraan atau petualangan, tetapi juga satu penghormatan kepada dunia ilmu pengetahuan. Ia memaparkan bagaimana daya intelek dan semangat ingin tahu mampu menyelamatkan manusia daripada sesebuab kehancuran.

Jika anda telah mengikuti perjuangan Senku dalam Dr. Stone sejak permulaan, maka bahagian penutup ini di Netflix adalah detik yang wajib ditonton, sebuah akhir yang sarat makna, harapan, dan sains untuk masa depan manusia.

Baca lagi: Skandal Plagiat Gegar Dunia Webtoon, Wind Breaker Ditamatkan Serta-merta
Baca juga: “Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX”, Kebangkitan Gundam Merah dalam Dunia Alternatif