Nama Cho Yi Hyun kini menjadi perhatian ramai menerusi lakonannya sebagai Park Seong A dalam drama Head Over Heels.
Dalam drama Korea tersebut, Cho Yi Hyun membawa watak berganda, sebagai seorang pelajar sekolah pada waktu siang, dan seorang bomoh pada waktu malam.
Perkara ini sememangnya mencetuskan rasa ingin tahu ramai terhadap latar belakang dan biodata Cho Yi Hyun. Mari kita lihat maklumat lengkap mengenai perjalanan kerjaya dan kehidupan peribadi Cho Yi Hyun.
1. Biodata Cho Yi Hyun

Mengulas tentang latar belakang Cho Yi Hyun, tentulah tidak lengkap tanpa mengetahui butiran peribadinya:
1. Nama sebenar: Cho Yi Hyun
2. Nama pentas: Cho Yi Hyun
3. Tarikh lahir: 8 Disember 1999
4. Tempat lahir: Korea Selatan
5. Zodiak: Sagittarius
6. Pendidikan: Universiti Kyung Hee, Jurusan Teater & Filem
7. Pekerjaan: Pelakon dan model
8. Agensi: Artist Company
9. Instagram: @yihyun_1208
2. Kehidupan Peribadi Cho Yi Hyun
Yi Hyun dikatakan berasal daripada keluarga berada di Korea Selatan. Terdapat juga khabar angin bahawa bapanya merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat besar di Seoul. Namun begitu, pelakon kelahiran 1999 ini memilih untuk tidak mendedahkan secara terperinci mengenai keluarganya.
Beliau merupakan anak kedua daripada dua beradik. Abangnya dilahirkan pada tahun 1998, manakala ibu bapanya masih lagi aktif bekerja. Yi Hyun turut dikenali sebagai seorang yang meminati sukan gimnastik, tidak hairanlah jika beliau memiliki tubuh yang fleksibel dan seimbang.
3. Perjalanan Kerjaya Cho Yi Hyun

Yi Hyun memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan sebagai model ketika masih kecil. Tidak terhenti di situ, beliau turut menceburi bidang lakonan pada tahun 2017. Ketika itu, beliau membuat penampilan pertama menerusi web drama Revenge Note, bergandingan dengan Cha Eun Woo.
Pada tahun yang sama, beliau menandatangani kontrak bersama agensi JYP Entertainment. Namun, pada tahun 2019, beliau berpindah ke agensi Artist Company untuk meneruskan kerjaya lakonannya.
Namanya semakin dikenali ramai selepas membintangi drama remaja School 2021, yang turut menyaksikan beliau bergandingan dengan Kim Yo Han. Mereka berdua turut memenangi anugerah Pasangan Terbaik di KBS Drama Awards 2021.
4. Pencapaian Choi Yi Hyun
Tidak lengkap jika kita tidak menyenaraikan hasil karya lakonan beliau. Selain membintangi pelbagai drama Korea, Cho Yi Hyun juga pernah muncul dalam beberapa filem.
Filem:

1. Dr. Cheon and The Lost Talisman (2023) – Penampilan khas
2. Ditto (2022) – Sebagai Kim Mu Nee
3. Metamorphosis (2019) – Sebagai Hyun Joo
4. On My Way Home (2019) – Sebagai Jo Yi Hyeon
Drama:

1. Head Over Heels (2025) – Sebagai Park Seong A
2. The Matchmakers (2023) – Sebagai Jung Soon Deok
3. All of Us Are Dead (2022–kini) – Sebagai Choi Nam Ra
4. School 2021 (2021–2022) – Sebagai Jin Jin Won
5. Hospital Playlist (2020–2021) – Sebagai Jang Yun Bok
6. How to Buy a Friend (2020) – Sebagai Shin Seon Jung
7. My Country: The New Age (2019) – Sebagai Seo Yeon
8. Less than Evil (2018–2019) – Sebagai Bae Yeo Wool
9. Bad Papa (2018) – Sebagai Kim Se Jung
10. The Guest (2018) – Sebagai Han Mi Jin
Profil dan biodata Cho Yi Hyun memperlihatkan bukan sahaja kejelitaan, bahkan bakat yang mengagumkan. Bakat lakonannya yang versatil, dedikasi tinggi dalam kerjaya, serta penampilan dalam pelbagai genre menjadikan beliau antara bintang muda yang sedang bersinar di Korea Selatan.







