Queen of Divorce membawa kisah pakar penyelesaian penceraian yang bernama Kim Sa Ra (Lee Ji Ah). Sebelum bekerja dalam bidang ini, Kim Sa Ra adalah peguam yang juga merupakan menantu kepada pemilik firma guaman terbesar di Korea. Namun, dia telah dikhianati oleh suaminya sendiri hingga meringkuk dalam penjara dan juga diceraikan.
Dalam drama Queen of Divorce ini, Kang Ki Young membawa watak Dong Gi Joon, yang merupakan pendakwa raya dengan yang sangat mementingkan keadilan. Konflik yang terjadi di pejabat pendakwa raya membuatnya memilih untuk meletakkan jawatan.
Pasti penonton yang sedang mengikuti drama ini tahu bahawa hubungan Kim Sa Ran dan Dong Gi Joon menjadi tarikan utama dalam drama ini. Berikut ini adalah fakta-fakta tentang hubungan antara dua watak utama untuk “Queen of Divorce” ini.
1. Pernah menjalin hubungan romantik sebagai pasangan kekasih
Pada masa lalu, Kim Sa Ra dan Dong Gi Joon pernah menjalin hubungan romantik. Boleh dikatakan mereka adalah pasangan yang bahagia, dimana kedua-duanya saling mencintai. Dong Gi Joon begitu tulus mencintai Kim Sa Ra, dan tidak akan melepaskannya begitu sahaja.
Begitu juga dengan Kim Sa Ra yang perasaannya juga sangat mendalam pada Dong Gi Joon. Dia selalu bahagia jika berada disamping lelaki tersebut, Kim Sa Ra boleh menjadi dirinya sendiri, tanpa takut rasa dihakimi dan dicerca.
2. Selepas putus, kini kedua-duanya adalah bekas kekasih yang menyimpan luka di hati
Seperti kehidupan yang mempunyai pasang dan surut, hubungan romantik juga boleh putus pada bila-bila masa sahaja. Inilah yang terjadi pada Kim Sa Ra dan Dong Gi Joon, hubungan yang pada awalnya baik-baik sahaja tiba-tiba berubah.
Sewaktu putus mereka juga rasa disakiti tetapi memutuskan hubungan sudah menjadi keputusan masing-masing. Waktu itu, Kim Sa Ra memilih untuk berkahwin dengan lelaki lain dan Dong Gi Joon tetap membujang.
3. Jadi rakan sekerja di Syarikat Perkhidmatan Penceraian Solution
Walaupun mereka adalah bekas kekasih, tapi Kim Sa Ra dan Dong Gi Joon putus secara baik. Terbukti apabila kedua-duanya kembali bertemu, semua tampak baik-baik sahaja. Tidak ada pertengkaran atau perbalahan, kedua-duanya saling mengerti.
Dong Gi Joon menyertai Syarikat Solution bersama-sama Kim Sa Ra. Kedua-duanya bekerjasama sebagai rakan sekerja untuk menangani masalah pelanggan yang mahu keadilan dalam penceraian mereka.
Bermula sebagai pasangan kekasih dan berakhir sebagai rakan sekerja, begitulah hubungan yang terjadi antara Kim Sa Ra dan Dong Gi Joon. Walaupun kini mereka sudah putus, tetapi kedua-dua mereka tampak seperti masih menyimpan kenangan antara satu sama lain. Adakah mereka akan kembali bersama?