Home Entertainment Siri Netflix Mengangkat Kisah Tentang Tragedi Meragut 245 Nyawa

Siri Netflix Mengangkat Kisah Tentang Tragedi Meragut 245 Nyawa

0

Pada tahun 2013, satu tragedi ngeri telah berlaku di sebuah kelab malam di Brazil. Sebuah kebakaran telah berlaku akibat kecuaian pihak pemilik kelab malam dan juga pihak kumpulan muzik yang melakukan persembahan pada malam itu.

Lebih menyayat hati apabila kebakaran tersebut telah meragut nyawa 245 mangsa yang tidak bersalah. Keluar untuk bersuka ria tapi akhirnya menjadi mimpi ngeri yang duka.

C595CB60 8BA2 4968 B03D 59C5461BF2CA 07CD627B 77FD 4C46 8DE9 73A5AB8B6147

Pada 27 Januari 2013, Kelab Malam Kiss di Santa Maria, Rio Grande do Sul, Brazil terbakar hangus dan menggemparkan seluruh negara serta mengejutkan dunia. Tragedi tersebut adalah tragedi kebakaran ketiga terburuk di dunia selepas tragedi sarkas terbakar di Niteròi, Brazil pada tahun 1961 yang mengorbankan 500 nyawa dan juga sebuah kebakaran ngeri yang berlaku di Luoyang, Cina dengan jumlah kematian sebanyak 309 semuanya.

Pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Santa Maria telah menganjurkan sebuah parti yang diberi nama ‘Agromerados’ di Kelab Malam Kiss di Santa Maria. Dua buah kumpulan muzik dijadualkan membuat persembahan pada malam tersebut.

Pada awal pagi 27 Januari 2013 kebakaran tersebut berlaku dan mengorbankan banyak nyawa. Kejadian adalah berpunca dari bunga api dan juga api pencucuh yang digunakan oleh pemuzik sewaktu membuat persembahan, tambahan pula kelab malam tersebut menggunakan sejenis kekabus yang mudah terbakar di bahagian syiling kelab malam tersebut membuatkan kebakaran dan asap yang terhasil bertambah buruk.

Kebanyakan mangsa adalah berusia dari 18 tahun sehingga 30 tahun. Kekurangan pintu kecemasan dan pintu keluar adalah antara penyebab kematian. Mangsa tidak dapat keluar dan mencari pintu kecemasan menyebabkan ada mangsa yang mati dipijak.

E2FD5860 205C 4FB6 8889 B390BEFDD47D 0DFE8C8C A32E 424F 8BEC C6CACB843E5F

Pada hari kejadian, dilaporkan juga bahawa pengunjung yang berada di kelab malam tersebut melebihi kapasiti yang ditetapkan dan menyebabkan keadaan terlalu sesak.
Sekurang-kurangnya 90% dari mangsa sesak nafas kerana menyedut terlalu banyak asap. Asap tersebut bertukar menjadi racun sianida kerana kandungan kekabus di syiling kelab malam tersebut menghasilkan toksik berbahaya apabila terbakar.

Ramai mangsa yang meninggal sewaktu cuba menyembunyikan diri di dalam bilik air dan panik sewaktu mencari pintu keluar. Sekurang-kurangnya 180 mayat telah ditemui di dalam bilik air dan lebih 150 orang cedera ditemui di depan pintu keluar kerana bersesak, dipijak, terbakar dan menghidu asap tebal.

14 orang mangsa cedera parah dengan tubuh badan terbakar teruk, 8 daripadanya terpaksa menanggung derita selama berminggu-minggu di hospital akibat kecederaan yang amat teruk. Lebih dari 90 orang mangsa terpaksa dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan susulan.

1A1EFC8A 3466 4EE5 A7E5 A3E8AF144CBA

Pada 25 Januari 2023 Netflix telah menyiarkan sebuah mini siri Netflix sebanyak 5 episod dengan tajuk The Endless Night yang diinspirasikan dari kisah benar kejadian kebakaran Kelab Malam Kiss tersebut. Mini siri ini dibawa dalam Bahasa Portugal dan dilakonkan oleh pelakon-pelakon terkenal latin. Antara barisan pelakon yang membintangi The Endless Night adalah:

● Telmo Fernandez
● Paulo Gorgulho
● Leonardo Medeiros
● Bianca Byington
● Debora Lamm
● Raquel Karro
● Erom Coldeiro

Mini siri ini lebih berkisar tentang penderitaan ibu bapa dan ahli keluarga mangsa. Perjuangan yang mereka lakukan dan lalui demi mendapatkan keadilan buat anak-anak mereka yang telah meninggal dunia dalam kebakaran ngeri tersebut.

Pastinya menitis air mata setiap kali melihat babak-babak sedih tentang kasih sayang ibu bapa dan pengorbanan mereka untuk anak-anak tercinta walau anak tersebut sudah tiada di hadapan mata.

Baca Lagi: Cassiopeia Filem Korea Yang Bertemakan Penyakit Alzheimer

Baca Juga: Chuck Norris Korbankan Karier Demi Isteri Tercinta