Selepas sekian lama menyepi daripada dunia drama, pelakon terkenal Song Joong Ki akhirnya kembali dengan karya baharu selepas Reborn Rich pada 2022. Drama terbarunya My Youth telah mula ditayangkan pada 5 September 2025, dan boleh strim melalui Viu.
My Youth mengisahkan cinta pertama yang tidak pernah luntur meskipun masa telah memisahkan mereka. Ia menyoroti bagaimana dua insan dewasa kembali bertemu, menyelami semula makna sebenar kebahagiaan dan memahami erti masa muda dalam fasa hidup yang berbeza.
Dalam drama ini, penonton dapat melihat sisi lain Song Joong Ki sebagai seorang lelaki yang memilih kehidupan sederhana dengan kerjaya sebagai penjual bunga. Watak ini menonjolkan kelainan besar berbanding watak-watak terdahulunya, sekali gus menambah rasa ingin tahu peminat terhadap drama ini.
Bagi yang tidak sabar untuk menonton drama tersebut, mari kita lihat dulu fakta menarik tentang My Youth di bawah!
Menemui Kedamaian Melalui Bunga

Dalam My Youth, Song Joong Ki membawakan watak Sun Woo Hae, seorang lelaki yang menemui ketenangan hidupnya melalui dunia bunga. Adegan awal menunjukkan dirinya memegang seikat bunga yang dibalut dengan kertas akhbar, bersiap sedia untuk menjalankan rutin harian sebagai seorang florist.
Selain menguruskan kedai bunga, Sun Woo Hae juga digambarkan sebagai seorang yang mencintai karya sastera dan sering meluangkan masa untuk menulis novel. Kehidupannya sederhana tetapi penuh dengan ketenangan yang perlahan-lahan menyembuhkan luka masa lalunya.
Perjalanan Dari Pelakon Cilik ke Kehidupan Sederhana

Watak Sun Woo Hae pernah menjadi pelakon cilik yang digemari ramai kerana pesona manis dan keperibadiannya yang menghiburkan. Popularitinya ketika zaman kanak-kanak menjadikannya antara bintang muda yang bersinar terang.
Namun, semakin meningkat dewasa, kerjayanya mula meredup dan popularitinya beransur pudar. Di sinilah titik perubahan besar berlaku, apabila Sun Woo Hae memilih jalan hidup berbeza, meninggalkan dunia glamor lalu memulakan kehidupan biasa yang tenang, perlahan tetapi penuh makna.
Digandingkan Dengan Chun Woo Hee

Dalam My Youth, Song Joong Ki bergandingan dengan pelakon berbakat besar, Chun Woo Hee. Chemistry mereka sebagai pasangan sudah pun terserlah dalam dalam episod awal drama ini, membayangkan sebuah kisah cinta yang indah dan penuh ketulusan.
Barisan Pelakon

Kekuatan utama drama ini ialah barisan pelakonnya dengan keserasian yang dikatakan menjadi tarikan utama:
● Song Joong Ki sebagai Sun Woo Hae
● Chun Woo Hee sebagai Sung Je Yeon
● Nam Da Reum sebagai Sun Woo Hae muda
● Lee Joo Myoung sebagai Mo Tae Rin
● Seo Ji Hoon sebagai Kim Seok Joo
● Jin Kyung sebagai Kim Pil Du
● Jo Han Chul sebagai Sun Woo Chan
● Yoon Byung Hee sebagai Lee Geon No
● Lee Bong Ryun sebagai Bang Han Na
Mengapa Harus Layan “My Youth”?

My Youth menjadi salah satu projek paling dinantikan oleh para peminat K-Drama kerana tema romantis dan “slice of life” yang sarat emosi. Ditambah pula dengan kualiti sinematografi, tona visual yang hangat, penggunaan cahaya serta muzik latar yang menambahkan kesan emosi pada jalan cerita.
Bagi peminat Song Joong Ki, ini adalah drama yang harus ditonton. Ia bukan sekadar drama romantis, tetapi turut mengangkat perjalanan hidup, luka lama, dan proses penyembuhan jiwa.
My Youth menjanjikan pengalaman menonton yang sarat dengan nostalgia dan emosi. Jadi, jangan lupa sediakan kudapan kegemaran anda, kerana setiap episod pasti membuatkan anda tenggelam dalam perasaan bersama Sun Woo Hae dan Sung Je Yeon.








