Home Entertainment 9 Watak Antagonis Yang Berpura Baik Dalam Kdrama

9 Watak Antagonis Yang Berpura Baik Dalam Kdrama

0

9 watak antagonis dalam drama siri terbaru Korea Selatan yang berpura-pura baik dan bermuka-muka!

Sepanjang penggal pertama tahun 2023, para penonton dan peminat setia Kdrama sudah dimanjakan dengan tayangan pelbagai drama siri terbaru yang sememangnya menarik! Uniknya dalam kebanyakan drama siri ini, terdapat beberapa karakter antagonis yang berjaya memainkan emosi para penonton! Bukan sahaja watak yang sejak dari awal ditampilkan jahat, sebahagian di antara mereka pada awalnya digambarkan sangat baik.

Watak-watak antagonis ini ternyata bermuka dua dan tidak boleh dipercayai. Mereka bersikap pura-pura baik di hadapan orang lain, namun kenyataannya mereka mempunyai niat jahat.

Jom sama-sama lihat senarai watak antagonis yang mempunyai ciri-ciri tersebut seperti berikut ini:

Baca Lagi: 9 Fakta Menarik Mengenai Ryeoun

1. Di sebalik sikap ramahnya, Ji Dong Hee (Shin Jae Ha) ternyata merupakan seorang psikopat dan antagonis utama dalam drama siri Crash Course in Romance.

24B4A09C 7A03 40F4 8D1A CDD1FB8E8F77

2. On Ha Jun (Shin Jae Ha) dalam Taxi Driver 2 bersikap mesra di hadapan kumpulan Teksi Pelangi, tetapi ternyata dalam diam-diam dia mempunyai niat jahat kepada mereka semua.

E17A3745 F32D 48C0 A387 5217180CAA98

3. Yoo Sang Gi (Ko Sang Ho) dalam drama siri yang sama (Taxi Driver 2), pura-pura baik di hadapan warga emas dan menipu daya mereka. Sangat jahat!

BF847263 3CC4 4975 B0BC AC588DFB29F9

4. Jeon Kang Il (Kang Young Seok) pernah berpura-pura menjadi seorang doktor yang baik di klinik Gyesu, tetapi ternyata dia sebenarnya musuh dalam selimut dalam Poong, the Joseon Psychiatrist 2.

14450993 B48D 472F BCB8 2BC61DA9BEFB

5. Ahn Young Sook (Lee Hang Na) bersikap seperti seorang doktor terhormat dan baik, sesungguhnya dia melakukan kesalahan medikal demi mengaut keuntungan dalam Taxi Driver 2!

11162C7B 1A10 406D B7DC 719AC8AA4496

6. Pada awalnya dia seperti dewi kebajikan, tetapi ternyata Redrin (Cha Joo Young) adalah watak penjahat utama dalam The Heavenly Idol yang mencuri jiwa manusia demi kekuatannya sendiri.

DE9AA7C4 CBD8 4D1B B012 51FF880EA89B

7. Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon) dalam The Glory 2 mempunyai imej pembaca berita cuaca yang baik hati. Padahal sebenarnya dia sangat kejam, egois, dan juga merupakan kaki buli! Sangat kejam!

6FBEE22A 9AF9 4886 864C EC21D4B24F09
8. Dalam drama siri yang sama, Chu Jeong Ho (Heo Dong Won) yang bersikap seperti seorang guru yang baik hati di depan anak-anak ternyata adalah pedofil. Ngeri!

833A8CA6 3BC1 4618 8CE4 6752BB7A2B46
9. Kang Pil Seung (Kim Do Yoon) dalam Taxi Driver 2 berpura-pura baik dan menolong pasangannya agar dapat membeli rumah, tetapi ternyata dia mempunyai tujuan yang tersembunyi!

D4B2388B E44E 441A B46F 9C7145E401F9

Semua karakter antagonis yang tersenarai di atas berjaya membuat emosi para penonton beremosi dalam drama siri masing-masing kerana pada awalnya mereka disangka sangat baik, namun ternyata faktanya sangat berbeza. Siapakah antara mereka yang membuatkan anda sakit hati dan geram?

Baca Juga: Son Ye Jin Membuat Ucapan Manis Sempena “Anniversary” Pertama