Home Entertainment Son Ye Jin Membuat Ucapan Manis Sempena “Anniversary” Pertama

Son Ye Jin Membuat Ucapan Manis Sempena “Anniversary” Pertama

0

Nampaknya pasangan Korea Selatan kesayangan ramai iaitu Son Ye Jin dan Hyun Bin kini telah sah setahun bergelar suami isteri.

2E4300AB B373 4666 B860 57F6C2E12E51

Son Ye Jin membuatkan para peminat berbunga-bunga hati apabila membuat satu hantaran Instagram Story yang menandakan perkahwinannya dengan suami kesayangan sudah cukup berusia 1 tahun.

Pelakon jelita itu yang kini telah bergelar seorang ibu berkongsi kegembiraan hatinya yang menyambut ulang tahun pertama perkahwinan dengan meletakkan sekeping gambar perkahwinannya di Instagram Story miliknya dengan kata-kata “1st anniversary” (ulang tahun perkahwinan pertama).

Lukisan-lukisan berbentuk hati yang comel juga turut menghiasi gambar perkahwinan yang dipilihnya untuk perkongsian yang sungguh manis itu.

Pasangan yang sama-sama berlakon dalam siri drama popular Crash Landing On You itu mengikat tali perkahwinan sah pada bulan Mac tahun lepas dan baru sahaja dikurniakan seorang bayi lelaki yang comel sebagai pelengkap hidup mereka.


GOSIP LIAR TIDAK BERASAS!

 

Pada awal bulan ini, pasangan bahagia ini dilanda gosip yang mengejutkan yang mengatakan bahawa mereka berdua bakal bercerai kerana Hyun Bin mempunyai hutang perjudian yang banyak dan telah menghabiskan semua wang simpanan mereka.

Walau bagaimanapun, pihak agensi Hyun Bin dengan lantang telah mengeluarkan kenyataan membantah khabar angin tersebut dan sedang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap penyebar fitnah berkenaan.

PENGESAHAN PERCINTAAN

AD370157 2923 470A B844 AFC669572C72

Para peminat setia pasangan ini pasti tidak dapat melupakan saat penting sewaktu portal Dispatch mengemukakan bukti bahawa Hyun Bin dan Son Ye Jin saling bercinta dan mereka telah menyulam asmara selama 8 bulan.

Pihak agensi kedua -dua pelakon ini mengesahkan bahawa mereka sememangnya sedang dilamun cinta dan pelakon ternama itu mula menjalin hubungan selepas drama siri Crash Landing On You.

PERKAHWINAN

D4DA5619 1A40 4C84 892C 94C2A1D27F6C

Pada bulan Mac 2022, pasangan paling romantis Hyun Bin dan Son Ye Jin telah sah bergelar pasangan suami dan isteri.
Majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung secara tertutup di Aston Sheraton House, Grand Walkerhill Hotel di Seoul, Korea Selatan dengan dihadiri keluarga dari kedua-dua belah pihak dan para sahabat terdekat.

Selepas menyulam cinta selama beberapa tahun, pasangan selebriti terkenal ini akhirnya disatukan dalam upacara perkahwinan yang gilang-gemilang. Kini pasangan bahagia ini sudah dikurniakan seorang cahaya mata sebagai penghibur dan pengikat kasih sayang antara mereka. Bibit cinta dan kasih sayang antara Hyun Bin dan Son Ye Jin telah berputik sejak dari tahun 2011 lagi.

Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan pertama diucapkan buat Son Ye Jin dan Hyun Bin. Moga terus bahagia hingga ke akhir hayat!

Baca Juga: Timeline Kisah Cinta Hyun Bin & Son Ye Jin