Home Entertainment 9 Fakta Menarik Mengenai Ryeoun

9 Fakta Menarik Mengenai Ryeoun

0

9 Fakta Ryeoun yang merupakan pelakon yang membawa watak sebagai Kang San dalam drama siri terbaru The Secret Romantic Guesthouse

698D24D5 EED3 46C5 91DF 73461D439A96

Drama siri The Secret Romantic Guesthouse menjadi drama yang cukup diminati oleh para penonton. Selain jalan ceritanya yang menarik, penampilan para pelakon utamanya yang tampan juga menjadi daya tarikan utama untuk drama siri ini. Salah seorang watak utama yang mencuri perhatian dalam drama siri ini adalah Ryeoun, pelakon ini membawa watak sebagai salah seorang tetamu di rumah tumpangan Ihwawon yang sangat mahir bermain senjata dan pakar dalam seni bela diri.

Dia mempunyai karakter yang sangat dingin namun sebenarnya sangat prihatin tentang Yoon Dan Oh. Dia jugalah yang telah mengancam lelaki tua yang memaksa Yoon Dan Oh untuk mengahwininya dan juga meminta maaf kepadanya.

Baca Lagi: 9 Info Menarik The Secret Romantic Guesthouse

Pasti juga ramai peminat yang tertanya-tanya tentang pelakon muda yang berbakat ini, jom sama-sama kita baca beberapa fakta menarik tentang Ryeoun yang telah kita sediakan untuk anda:

1. Dia merupakan pelakon yang lahir pada 26 Ogos 1998 di Jeonju Korea Selatan.

8C5C85EC CDD4 4D14 AB36 CDD1CE00FBAF
2. Pelakon ini mempunyai pakej lengkap dengan ketinggian seperti model iaitu 181 cm. 3. Kini Ryeoun sedang dinaungi oleh agensi Lucky Company.

84B5D2D2 CBE7 4F6A 80A5 AB1C2BD00CEF
4. Agensinya berminat untuk meletakkan Ryeoun di bawah label mereka hanya dengan melihat akaun media sosial miliknya dan kemudian pelakon itu dipelawa untuk bergabung bersama agensi tersebut.

1B0B8143 38A5 4575 9F7B AF581E7E48A8
5. Ramai yang mengatakan bahawa wajah Ryeoun mirip dengan dua orang pelakon kacak iaitu Park Bo Gum dan juga Lee Min Ho.

12D6D4FD 6B41 4508 AAD0 23B037C766EF
6. Ryeoun memulakan debut lakonannya pada tahun 2017 melalui drama siri You Are Too Much.

C3B6FA7F 2421 4724 980B 16EF22C4C52A
7. Namanya mula dikenali ramai pada tahun 2019 melalui lakonannya sebagai Han Bit dalam drama siri Doctor Prisoner.

8580D44B 0E31 4B69 8DCA 7C0FDA86628B
8. Selain itu, lakonannya dalam drama siri 18 Again sebagai Hong Shi Woo membuatka dirinya semakin terkenal.

04DC9150 D57B 4206 830B 8A039DEB00DA
9. Pelakon yang semakin menginjak naik ini juga pernah membintangi variety show seperti Creator Campus dan I Live Alone!

12FBAA4B 0363 4BCA B973 836DEBDE0A70

Demikian sahaja beberapa fakta menarik mengenai Ryeoun yang pastinya bakal menawan industri lakonan Korea Selatan suatu hari nanti. Wataknya sebagai Kang San berjaya membuat para peminat jatuh hati dengan gayanya. Drama siri The Secret Romantic Guesthouse juga membuatkan kariernya semakin berkembang dan sekaligus menjadi tumpuan! Jangan lupa saksikan aksi-aksi menarik Kang San dalam drama terbaru The Secret Romantic Guesthouse!

Baca Juga: 10 Shonen Manga Yang Telah Lengkap Untuk Anda Baca