Dalam dunia KDrama, watak ibu bukan sekadar peranan sampingan. Karakter ini sering menjadi tunjang emosi kepada keseluruhan cerita dan watak utama. Pelakon yang membawakan watak ini perlu menampilkan aura kehangatan, ketegasan, dan kadangkala kesedihan yang mendalam.
Ada beberapa pelakon wanita yang dikenali sebagai pakar dalam membawakan watak ibu, meskipun muncul sekejap, kehadiran mereka cukup mencuri tumpuan. Dengan wajah yang tenang dan penuh kasih, mereka membuat penonton terasa seperti sedang menonton ibu mereka sendiri di kaca televisyen. Siapakah mereka? Ini senarai lengkapnya:
🔸 Hwang Young Hee

Hwang Young Hee berjaya membawa watak ibu yang penuh pengertian, seperti yang ditonjolkan dalam Daily Dose of Sunshine dan Queen of Tears. Dia jarang meninggikan suara, namun senyumannya sudah cukup membuat hati penonton tersentuh.
🔸 Lee Il Hwa

Wataknya dalam Reply 1988 dan Reply 1997 kekal terpahat dalam ingatan peminat. Dia sering membawa watak ibu yang ringkas, suka memasak, dan sentiasa menjadi tempat anak-anaknya pulang, tak kira apa yang terjadi.
🔸 Kim Sun Young

Dalam Crash Landing On You, Kim Sun Young membawakan watak ibu yang cerewet dan banyak mulut, namun jelas sangat mengambil berat. Gaya keibuannya yang unik sering menceriakan suasana, tetapi tetap menyentuh hati.
🔸 Kim Mi Kyung

Terkenal dengan watak ibu yang sabar dan penuh kasih sayang, seperti dalam Hi Bye Mama dan Doctor Cha. Dia berjaya mencipta karakter yang lemah lembut tetapi menjadi sumber kekuatan utama buat anak-anaknya.
🔸 Ra Mi Ran

Watak-watak ibu lakonan Ra Mi Ran dalam Reply 1988 dan The Good Bad Mother sering tampil lantang dan ekspresif. Namun di sebalik gaya yang tegas dan bising, tersembunyi kasih sayang yang begitu mendalam terhadap anak-anaknya.
🔸 Lee Jung Eun

Dikenali menerusi drama Weightlifting Fairy Kim Bok Joo dan filem Parasite, Lee Jung Eun berjaya menampilkan watak ibu yang kuat dan penuh empati. Dia bijak menggabungkan sifat pelindung dan penyayang secara seimbang.
Baca juga: 7 KDrama Ini Mempunyai Nuansa Yang Sama Seperti Queen’s House, Penuh Emosi dan Memikat Hati
🔸 Kim Hye Ja

Lebih sedekad dikenali sebagai pelakon yang sering membawakan watak ibu, lakonannya dalam filem Mother amat mengharukan. Ia membuktikan bahawa kasih sayang seorang ibu mampu melangkaui batas logik dan pengorbanannya tiada tolok banding.
🔸 Jang Hye Jin

Dalam Crash Landing On You dan True Beauty, dia memegang watak ibu yang garang tetapi penuh cinta. Raut wajahnya boleh berubah dari tegas menjadi lembut dalam sekelip mata, menggambarkan emosi seorang ibu sebenar.
🔸 Kim Hae Sook

Digelar “ibu kebangsaan” oleh ramai penonton, Kim Hae Sook sering membawakan watak ibu dengan sangat semula jadi. Dalam Hospital Playlist dan Strong Girl Nam Soon, dia menghidupkan watak dengan emosi yang jujur dan menyentuh, seolah-olah membawa penonton kembali ke pangkuan ibu mereka sendiri.
Nak rasa pelukan mak sambil tengok Kdrama? Watak-watak ibu ini cukup buat kita rasa rindu suasana rumah dan kasih seorang ibu yang sejati.








