Home K - Pop 9 Pelakon Lelaki Terkaya Di Korea Selatan

9 Pelakon Lelaki Terkaya Di Korea Selatan

0

Seperti yang kita sedia maklum, menjadi bintang filem akan membawa banyak kemewahan dan wang ke dalam akaun bank mereka. Ini merupakan 9 pelakon lelaki yang terkaya di Korea Selatan:

WonJO 5f

1. Kim Soo-Hyun
Pendapatan bersih- $117 juta (RM 490,873,500)

Pendapatan setiap episod: $84,000. (RM 352,422)

“My Love from The Stars” dan “It’s Okay to Not Be Okay” adalah merupakan dua karya agungnya yang paling terkenal. Kim Soo Hyun membuktikan dirinya sebagai pelakon utama dalam drama Korea, dan Kim juga telah membuat penggambaran lebih 30 iklan di China.

bbe6709dc62643d2ad2b75b15123127e

2. So-Ji-Sub
Pendapatan bersih – $41 million (RM 172, 241,000.00)
Pendapatan setiap episod: $67,100. (RM 281,518.05)

Pelakon dan juga model Korea Selatan ini memulakan kerjayanya sebagai seorang model seluar jeans tetapi dengan cepat dia menjadi terkenal dengan peranan utamanya. “I am sorry I Love You,” “Cain and Abel,” dan “Oh My Venus” hanyalah beberapa karyanya.

1612787039 leejongsuk collage

3. Lee-Jong-Suk
Pendapatan bersih – $32 million (RM 134, 256,000.00)
Pendapatan setiap episod: $50,300. (RM 211,033.65)

Pada usia 17 tahun, Lee-Jong-Suk menjadi model dan dengan cepat menjadi terkenal dalam pertunjukan fesyen. Antara drama yang dilakonkan oleh Lee Jong-Suk termasuklah “Doctor Stranger” dan “Pinocchio.”

1630293149 lmh

4. Lee-Min-Ho
Pendapatan bersih – $26 million (RM 109,083,000)
Pendapatan setiap episod: $62,000. (RM 260,121.00)

Nama Lee-Min-Ho dikenali selepas membintangi drama bersiri “Boys Over Flowers” pada tahun 2009. Diikuti dengan banyak drama dan filem tambahan yang berjaya, yang semuanya membantu meningkatkan nama dan popularitinya. Dia kini merupakan salah seorang selebriti Korea yang paling terkenal di dunia.

00d7dd923cd74572899dd6a6f4e1a8b4

5. Song Joong Ki
Pendapatan bersih – $24 million (RM 100,692,000.00)
Pendapatan setiap episod: $50,300. (RM211, 033.65)

Song Joong Ki ialah seorang pelakon Korea Selatan yang mempunyai peminat yang ramai. Dia membuat debut dalam drama 2010 “Sungkyunkwan Scandal.” Song Joon Ki kemudian membuat kemunculan semula dalam “Descendants of the Sun,” sebuah drama bersiri yang sangat popular dengan penonton yang ramai, selepas tayangan filem blockbuster box office.

1f318c98 f652 11ea a41c 8cbd1416100a image hires 133347

6. Hyun Bin
Pendapatan bersih – $21 million (RM 88,105,500)
Pendapatan setiap episod: $83,900 (RM 352, 002.45)

Hyun Bin membuat debut lakonannya dalam drama “I Am Kim Sam Soon.” Sejak itu, dia membintangi beberapa drama yang juga berjaya, seperti “Secret Garden” dan “Crash Landing on You.”

d83fa41791d24477b47dd918c0aed3c7 1

7. Park Seo-Joon
Pendapatan bersih – $21 million (RM 88,105,500)
Pendapatan setiap episod: $25,000 (RM 104, 887.50)

Park Seo-Joon ialah salah seorang penghibur terkaya di Korea Selatan. Seo Joon telah membintangi banyak filem dan drama yang besar termasuklah Itaewon Class.

Lee Seung Gi

8. Lee Seung Gi
Pendapatan bersih – $16 million (RM67, 128,000.00)
Pendapatan setiap episod: $59,000 (RM 247,534.50)

Lee Seung Gi, sering dikenali sebagai “Raja Balada,” seorang individu, pengacara dan vokalis yang berbakat. Khidmatnya itulah yang telah menyumbang kepada popularitinya sekarang.

Ji Chang Wook 1987 p01

9. Ji Chang-Wook
Pendapatan bersih – $5 million (RM 20, 977,500)
Pendapatan setiap episod: $42000 (RM 176,211)

Ji Chang-Wook ialah seorang pelakon terkenal dari Korea Selatan yang menjadi terkenal selepas memainkan watak sebagai Dong-hae dalam drama bersiri Korea Selatan ‘Smile Again’. Dia juga terkenal dengan wataknya dalam “Warrior Baek Dong-soo”, “Empress Ki, Backstreet Rookie” , dan “Healer”.

 

Sumber: CeoWorld Magazine