Home Entertainment Rain Dedahkan Kenapa Dia Jatuh Cinta Dengan Kim Tae-hee

Rain Dedahkan Kenapa Dia Jatuh Cinta Dengan Kim Tae-hee

0

Mungkin satu Korea (terutamanya yang single) pernah patah hati apabila dua selebriti legend iaitu Rain dan Kim Tae-hee mengikat hubungan mereka dengan tali perkahwinan. Sudah off market.

Kini mereka merupakan antara pasangan selebriti Korea Selatan popular yang sangat disayangi dan dihormati peminat.

Namun mungkin tidak ramai sebenarnya yang tahu bagaimana kisah cinta mereka mula terjalin sehingga tersimpul ke gerbang perkahwinan.

Memetik laporan Kosmo, dalam satu program temu bual baru-baru ini Rain mendedahkan pertemuan mereka. Bibit-bibit cinta terhadap Tae-hee bertunas kerana sepasang stoking ketika mereka menjalani penggambaran iklan pada 2012.

Rancak campaign 1640x614 1 10

“Itulah kali pertama saya menjayakan iklan bersama Tae-hee. Selalunya ketika mahu menukar stoking, saya akan minta tolong staf dan mereka yang akan melakukannya buat saya.

“Tetapi Tae-hee pula tukar sendiri tanpa menyusahkan stafnya. Pada ketika itu, terdetik dalam fikiran saya, dialah orangnya,” dedahnya berdasarkan petikan artikel Kosmo.

Malah, pelakon itu berkata dia pernah ditolak sebanyak lima kali oleh Tae-hee sebelum berjaya memikat hati wanita berkenaan.

Menurut laporan Soompi pula, dalam masa setahun jugalah dia bertepuk sebelah tangan dan gigih mengurat Tae-hee serta tunggu wanita pujaan hatinya sudi.

Mendengarkan perkongsian tersebut, rata-rata peminat tumpang gembira dan wow memandangkan mereka jarang sekali berkongsi mengenai kehidupan peribadi kepada umum.

Sumber: Kosmo, Soompi