Home Entertainment 9 Kdrama Lakonan Kim Sung Oh, Wajib Tonton

9 Kdrama Lakonan Kim Sung Oh, Wajib Tonton

0
Kim sung oh

Kim Sung Oh bakal membintangi drama siri Lies Hidden in My Garden (2023) merupakan drama siri terbaru ENA TV yang membawa genre thriller.

Drama siri ini menampilkan Kim Tae Hee dan Lim Ji Yeon sebagai pelakon utamanya. Bukan hanya dua pelakon ini sahja, drama siri Lies Hidden in My Garden (2023) juga turut dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Kim Sung-oh dan Choi Jae Rim.

Kedua-dia pelakon ini membawa watak sebagai suami kepada Kim Tae Hee dan Lim Ji Yeon.

Menjadi suami kepada Kim Tae Hee dalam drama siri ini, jom kita lihat senarai Kdrama menarik lakonan Kim Sung Oh, berikut ini merupakan drama Korea yang dibintangi oleh Kim Sung Oh. Pelakon ini selalu ditawarkan watak sebagai villain!

42635ac8 74fa 420e a0d4 3f624670840e1. Berlatarkan pulau Jeju, Kim membawa watak sebagai datuk bandar Sorang dalam drama Warm and Cozy (2015). Dia bergandingan dengan pelakon terkenal, Kang So Ra!

6b186b14 6f69 4d9c 8fb6 affcdb4f25b82. Kim Sung Oh menjadi salah seorang yang disangka sebagai ayah kandung Jin Ji Hee dalam drama siri Baek Hee Is Back (2016)

57c07da8 a313 47b5 9cf2 7fee8e97b8a73. Lakonannya sangat hebat dalam drama siri Fight for My Way (2017), Kim membawa watak sebagai jurulatih taekwondo Park Seo Joon yang juga merupakan sahabat setianya!

08ed479d f3dd 44c0 b924 eb43b9b22ef34. Turut membintangi drama siri A Korean Odyssey (2017), Kim membantu Oh Yeon Seo dalam melakukan ritual menghalau hantu

d12e1669 bc7e 4502 bc1c 4453ed84f468 15. Membawa genre misteri, Kim adalah pengarah filem dewasa yang berkahwin dengan Kim Hye Eun dalam drama siri Graceful Friends (2020)

d6e55e3f c7f7 4b2c a616 b242f6621cc06. Dalam drama siri L.U.C.A.: The Beginning (2021), Kim Sung Oh adalah bekas anggota pasukan khas yang mengetuai pasukan untuk memburu Kim Rae Won

15b0ef88 f075 4406 b533 2832ae29c32f7. Kim Sung Oh adalah bekas petinju yang beralih kerjaya menjadi lintah darat dalam drama siri Unlock My Boss (2022)

829a0928 64d2 43e2 86c7 01afef896bdb8. Kim Sung Oh membawa watak sebagai bekas ejen khas Korea Utara yang menangani krisis dalam drama siri Money Heist: Korea – Joint Economic Area (2022)

Kim sung oh b77d0cff 794f 4836 8cd0 a234e34c7b82 1

9. Kim Sung Oh turut tampil sebagai ketua sebuah aliran dalam drama siri Island 2 (2023). Dia bergandingan dengan Sung Joon

Kim Sung Oh merupakan pelakon lelaki Korea Selatan yang memulakan debut lakonannya sejak tahun 2002. Selama 21 tahun berkecimpung dalam dunia seni, dia telah membintangi banyak drama siri.

Kim Sung Oh membuat comeback (kemunculan semula) menerusi drama siri terbaru Lies Hidden in My Garden (2023) sebagai suaminya Kim Tae Hee. Drama siri ini dijadualkan akan ditayangkan pada 19 Jun 2023 yang akan datang.

Jangan lupa saksikan drama siri Lies Hidden in My Garden (2023) yang dipenuhi dengan misteri yang pasti membuatkan anda berteka-teki sepanjang penceritaanya.

Baca Lagi: Lies Hidden In My Garden Kdrama misteri terbaru tayang 19 Jun Ini

Baca Juga: 8 Kdrama Yang ”BEST” Bakal Tayang Pada Jun 2023