Home Filem/Drama Barat 9 Filem Terbaik Johnny Depp, Pelbagai Genre dan Mengujakan

9 Filem Terbaik Johnny Depp, Pelbagai Genre dan Mengujakan

0

Johnny Deep yang dilahirkan di Owensboro pada 9 Jun 1963 ini ini memang telah berjaya membintangi banyak filem sejak awal kemunculannya di era 80-an.

Dengan bakat lakonannya yang memukau, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Johnny Depp berjaya menghidupkan watak Jack Sparrow dalam siri filem Pirates of the Caribbean.

Walaupun melekat dengan wataknya sebagai Jack Sparrow, pelakon ini juga turut berjaya membuktikan kebolehannya dalam dunia seni lakon melalui berbagai-bagai filem yang lain.

Berikut ini adalah sembilan buah filem terbaik lakonan Johnny Depp!

Johnny depp

1. Johnny Depp memulakan debut filem melalui A Nightmare on Elm Street (1984) dan dia membawa watak sebagai Glen Lantz

 

2. Diadaptasi dari novel Peter Hedges, filem What’s Eating Gilbert Grape (1993) menampilkan JD dan Leonardo DiCaprio sebagai adik beradik

 

3. JD tampil memukau dan sangat berjaya membawa watak sebagai Edward David Wood Jr. dalam filem Ed Wood (1994) arahan Tim Burton

 

 

IMG 3973

4. JD membawa watak sebagai George Jung iaitu penyeludup dadah legenda dalam filem Blow yang ditayangkan pada tahun 2001

 

5. Membawa watak sebagai J.M. Barrie, JD sangat memukau membintangi filem Finding Neverland (2004) yang meraih 7 pencalonan Oscar

 

6. Mengisahkan tentang hasrat balas dendam seorang tukang gunting, filem Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street (2007) menampilkan JD sebagai pelakon utama

 

7. Ditayangkan pada tahun 2010, filem The Tourist menampilkan gandingan hebat Johnny Depp dan Angelina Jolie sebagai Frank Tupelo dan Elise Ward

 

8. Berjaya memenangi 2 Anugerah Oscar, filem Alice in Wonderland (2010) yang dibaluti kesan visual yang memukau menampilkan JD sebagai Mad Hatter

 

 

IMG 3974

9. Bersama Eddie Redmayne, JD membintangi filem Fantastic Beast: The Crimes of Grindelwald (2018) sebagai Gellert Grindelwald

Selain siri film Pirates of the Caribbean, sembilan buah filem Johnny Depp di atas juga wajib anda masukkan ke dalam senarai tontonan anda. Bukan hanya berkualiti, anda juga akan dipersembahkan dengan lakonan memukau Johnny Depp yang memang handal dan serba boleh dalam dunia lakonan.

Baca lagi: 12 Kdrama Tentang Perebutan Harta, Kisah Permusuhan dan Tikam Belakang
Baca juga: Hangat! Kisah Perkahwinan Kontrak Diadaptasi dari Webtoon