Home Kdrama/Kmovie Hangat! Kisah Perkahwinan Kontrak Diadaptasi dari Webtoon

Hangat! Kisah Perkahwinan Kontrak Diadaptasi dari Webtoon

0

Jangan terkejut. Itu adalah jalan cerita untuk drama Korea yang paling dinantikan,  “The Story of Park’s Marriage Contract”. Drama tentang perkahwinan kontrak ini adalah adaptasi dari Webtoon dengan tajuk yang sama, ditulis oleh Kim Neo Wool.

The Story of Park’s Marriage Contract (Viu Original) yang dibintangi oleh Lee Se Young dan Bae In Hyuk ini akan mula ditayangkan pada 24 November 2023, setiap hari Jumaat dan Sabtu dan boleh ditonton di platform Viu.

IMG 3454

Membawakan genre romantik, komedi hingga fantasi, pastinya ramai peminat tak sabar nak melayan drama ini kan?

Jom kita lihat beberapa fakta menarik tentang “Park’s Contract Marriage Story”:-


Menggabungkan genre komedi romantik dengan kisah perjalanan masa

IMG 3534

“Park’s Contract Marriage Story” diadaptasi daripada Webtoon dengan nama yang sama oleh Kim Neo Wool yang pertama kali diterbitkan pada 2020. Sama seperti Webtoon asal, drama ini mengisahkan perkahwinan kontrak antara Park Yeon Woo dan Kang Tae Ha.

Menariknya, Park Yeon Woo ialah seorang wanita dari Dinasti Joseon yang menjelajah masa ke 2023. Semasa mencari jalan untuk kembali ke masa lalu, Park Yeon Woo mula menaruh perasaan terhadap Kang Tae Ha.

Pelbagai adegan menarik terjadi antara mereka dan tentu ramai yang nak tengok adegan romantik mereka bukan?


Lee Se Young sebagai Park Yeon Woo, janda di masa Joseon yang menjelajah ke masa hadapan

IMG 3529

Lee Se Young membuat kemunculan semula di dalam drama “Park’s Contract Marriage Story” selepas membintangi drama The Law Cafe (2022). Dalam drama terbaru ini, Lee Se Young akan memainkan watak Park Yeon Woo, seorang wanita zaman Joseon yang kehilangan suaminya pada malam pertama perkahwinan mereka.

Selepas dibuang ke dalam perigi oleh orang yang tidak dikenali, Park Yeon Woo merentas masa selama 200 tahun dan tiba di Korea Selatan pada 2023. Pada era ini, dia bertemu dengan Kang Tae Ha, seorang lelaki yang menyerupai mendiang suaminya.

Dia akhirnya melangsungkan perkahwinan kontrak dengan lelaki itu. Semasa mencari jalan kembali ke era Joseon, Park Yeon Woo mula mempunyai perasaan terhadap Kang Tae Ha.


Bae In Hyuk sebagai Kang Tae Ha yang berkahwin kontrak dengan Park Yeon Woo

Perkahwinan

Selepas mencuri perhatian dengan lakonannya dalam drama Viu Original My Girlfriend is Gumiho (2022), Bae In Hyuk bersedia untuk kembali melakonkan wataknya sebagai pelakon utama dalam drama “Park’s Contract Marriage Story”.

Dalam drama ini, Bae In Hyuk akan memainkan watak Kang Tae Ha. Pada zaman Joseon, Kang Tae Ha telah berkahwin dengan seorang gadis berani bernama Park Yeon Woo. Malangnya, dia menghidap penyakit jantung dan meninggal dunia pada malam pertama perkahwinannya. Kang Tae Ha pada tahun 2023 kemudian bersatu semula dengan Park Yeon Woo yang akhirnya memeterai perkahwinan kontrak.


Barisan Pelakon “The Story of Park’s Marriage Contract”

The Story of Park's Marriage Contract

Selain Lee Se Young dan Bae In Hyuk, drama ini juga dibintangi pelakon baru dan veteran seperti Joo Hyun Young, Yoo Seon Ho, Jo Bok Rae, Jin Kyung, Cheon Ho Jin dan ramai lagi. 

Confirm korang akan nampak muka-muka yang biasa korang lihat dalam k-drama yang lain dan excited menonton mereka membawakan watak mereka di dalam drama ini.

Bagi anda yang ingin menonton drama ini, boleh strim melalui aplikasi Viu ya! Episod pertama “The Story of Park’s Marriage Contract” akan ditayangkan pada 24 November!

IMG 3531

Langgan Viu Premium untuk menonton pelbagai drama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: 5 Rancangan Hiburan Korea Terbaru di Viu November ini, Unik & Confirm Buat Korang Terhibur!
Baca juga: Rowoon, Jadi Duda Muda Pencari Jodoh dalam Viu Original Terbaru “The Matchmakers”