Home Entertainment 9 Filem Menarik Jamie Foxx di Netflix, Terbaru “They Cloned Tyrone”

9 Filem Menarik Jamie Foxx di Netflix, Terbaru “They Cloned Tyrone”

0

Dikenal sebagai pelakon dan juga seorang pelawak yang berbakat besar, nama Jamie Foxx pasti sudah tidak asing lagi di buat para peminat filem.

Sejak memulakan karier dalam industri hiburan pada tahun 1989, pelakon Hollywood yang dilahirkan pada 13 Desember ini hampir tidak pernah sepi dari dunia lakonan. Setiap tahun wajahnya pasti muncul untuk menghiburkan para peminat filem.

Walaupun pada April lalu pernah tersebar berita bahawa dia dikejarkan ke hospital kerana komplikasi perubatan, Jamie Foxx kembali muncul di khalayak ramai dalam keadaan sihat seperti sedia kala. Dipetik Variety, Jamie Foxx kelihatan sedang berada di atas kapal di Sungai Chicago, Illinois, Amerika Syarikat bersama beberapa orang rakannya pada 9 Julai 2023.

Tentu sahaja khabar mengenai kesihatan Jamie Foxx ini membawa kegembiraan kepada semua peminat yang telah menanti penampilannya dalam filem terbaru Netflix, They Cloned Tyrone (2023).

Termasuk filem tersebut, 9 pilihan filem Jamie Foxx yang lain ini boleh anda saksikan di Netflix. Dijamin puas hati!

1. Diinspirasikan dari kisah benar, The Kingdom (2007) menampilkan aksi hebat pelakon ini dalam melawan pengganas. Jennifer Garner juga muncul dalam filem ini!

693761fc 3523 45c1 9384 986b6260abb2
2. Suka filem koboi? Anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk menonton Django Unchained (2012) karya Quentin Tarantino ini. Babak tembakannya memang brutal!

2e4e0141 d65a 4acb be88 5dd9ca22f4bd
3. White House Down (2013) mempertemukan Jamie Foxx dan Channing Tatum dalam misi menyelamatkan Rumah Putih. Sudah tonton?

bafa009c 2519 4dd0 8590 f9d2c4aa8ba2
4. Bukan hanya watak protagonis, pelakon serba boleh ini juga berjaya membawa watak sebagai musuh Spider-Man (Andrew Garfield), Electro, dalam The Amazing Spider-Man 2 (2014)

cb2e93dc f488 4779 b6ef 82c57844219f
5. Baby Driver (2017) dijamin akan membuatkan anda jatuh hati! Filem yang bertemakan rompakan. Salah satu karya terbaik Edgar Wright!

4623a1d7 2713 4682 84f4 dd6175aa4567
6. Lekonam hebat Jamie Foxx sebagai Little John, iaitu kawan baik kepada Robin Hood (Taron Egerton), dapat disaksikan dalam Robin Hood (2018). Jalan cerita yang sangat menarik!

03c28b30 2938 4242 a737 cba3a34ade02
7. Bosan dengan filem superhero sama sahaja? Anda wajib menonton Project Power (2020) yang dibintangi Jamie Foxx bersama Dominique Fishback

5f3bd1e8 cea3 4f04 8b12 b40666ee302b
8. Day Shift (2022) mempunya premis unik tentang seorang lelaki yang menanggung keluarganya dengan menjadi pemburu vampire. Tegang dan penuh dengan babak aksi melawan vampire!

ef172356 df5d 4c18 af36 f302eb0c4c16

9. Tayang pada 21 Julai nanti, They Cloned Tyrone (2023) mengikuti kisah Jamie Foxx, Teyonah Parris, dan John Boyega dalam merungkai konspirasi jahat kerajaan

Jamie foxx
Setelah They Cloned Tyrone, Jamie Foxx akan kembali muncul untuk membintangi filem Netflix bertajuk Back in Action (TBA) bersama Cameron Diaz. Mengusung genre aksi komedi, filem arahan Seth Gordon (Horrible Bosses, Baywatch) ini menjadi kolaborasi ketiga Jamie Foxx dan Cameron Diaz setelah Any Given Sunday (1999) dan Annie (2014).

Tidak sabar rasanya menantikan filem terbaru ini nanti!

Baca lagi: Bagaimanakah Nasib Detektif Seo Dalam Revenant Episod 9? Adakah Dia Selamat?
Baca juga: 7 Filem Underrated Terbaik Di Netflix
Baca lagi: 5 Filem Thriller Berbaloi Ditonton Di Netflix