Home News 7 Filem Underrated Terbaik Di Netflix

7 Filem Underrated Terbaik Di Netflix

0

Terdapat banyak filem underrated yang pastinya belum ditonton kebanyakkan peminat filem.

Selepas penat melakukan aktiviti seharian dan ingin merehatkan minda atau sekadar menghilangkan tekanan, menonton filem boleh menjadi alternatif paling menyenangkan.

Dengan jalan cerita menarik, pelakon menawan disertai dengan adegan-adegan mengagumkan membuatkan mood kita menjadi lebih baik.

Filem tertentu boleh membuatkan penonton ingin menontonnya berulang kali, atau terus membicarakannya selama bertahun-tahun.

Terdapat beberapa filem underrated yang ditayangkan di Netflix yang wajib anda tonton. Berikut merupakan filem-filem underrated terbaik dengan jalan cerita eksentrik dan penampilan luar biasa dari para pelakonnya. Jom sama-sama kita lihat!

1. I Don’t Feel at Home in This World Anymore (2017)

8806fc07 4775 4124 a8b5 e3fc1447dc8e
Diarahkan oleh Macon Blair Ruth, menceritakan tentang seorang wanita yang menghidap kemurungan dan rumahnya dirompak. Dengan bantuan jiran tetangganya iaitu Tony, dia dapat mencari pelaku sebenar di sebalik rompakan tersebut. Apakah sebenarnya yang akan mereka temui selama pencarian mereka? Filem ini dibintangi oleh Elijah Wood dan Melanie Lynskey sebagai pelakon utama. Ia ini ditayangkan pada 19 Januari 2017.

2. 7 Prisoners (2021)

Filem
Filem underrated dari Portugis, 7 Prisoners menceritakan tentang kisah seorang remaja lelaki yang berusia 18 tahun iaitu Mateus yang bersetuju untuk bekerja dengan Luca di tempat barangan terpakai sehingga dia dapat membantu keluarganya dari segi kewangan. Tanpa disangka, dia menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan dia mencari cara untuk melarikan diri dari tempat durjana itu. Ia dibintangi oleh Alexandre Moratto, Christian Malheiros, Rodrigo Santoro, Bruno Rocha, Vitor Julian dan Lucas Oranmian. Ia ditayangkan pada 6 September 2021.

3. The Ballad of Buster Scruggs (2018)

Filem underrated
Filem underrated seterusnya ini yang dibintangi oleh Liam Neeson, James Franco, Tim Blake Nelson, The Ballad of Buster Scruggs merupakan filem menarik tentang para peneroka di sempadan Amerika dan pengembaraan mencabar mereka. Filem yang diarahkan oleh Coen bersaudara ini ditayangkan pada 31 Ogos 2018.

4. KD (A) Karuppudurai (2019)

1e0bb68b 7668 45e4 8675 c1616f734c05
Filem ini menceritakan tentang anak seorang lelaki tua yang merancang pembunuhannya untuk mewarisi semua kekayaannya lebih cepat. Mengetahui rancangan ini, lelaki tua yang sendirian itu melarikan diri dari rumahnya dan memulakan pengembaraannya dengan seorang kanak-kanak lelaki. Kedua-duanya saling menemui tujuan baru dalam hidup sewaktu mereka bersama. Filem yang dibintangi oleh Mu Ramaswamy dan Naga Vishal ini diarahkan oleh Madhumitha dan ditayangkan pada 22 November 2019.

 

5. Ali’s Wedding (2017)

385146d4 2815 4df5 87e8 44703cf14c4f
Ali menyatakan sebuah pembohongan yang membuatnya sangat runsing. Dia bergelut antara mengikuti kata hatinya dan tanggung jawab keluarganya. Ali’s Wedding memenangi Anugerah AACTA untuk Lakon Layar Terbaik dalam Filem yang dilancarkan pada tahun 2017 tersebut. Dibintangi oleh Osamah Sami, Helana Sawires, Don Hany, Maha Wilson, dan Ryan Corr, filem underrated ini diarahkan oleh Jeffrey Walker.

6. Sand Storm (2016)

c88c4dea b3f7 43e4 bceb f7adcb6d9b4c
Jika anda ingin belajar tentang tradisi Badui dan kehidupan wanita di Israel Selatan, Sand Storm adalah pilihan yang tepat. Filem underrated ini mengisahkan tentang seorang remaja Badui Layla yang jatuh cinta dengan seorang pemuda, yang mencipta konflik besar antara dia dan keluarganya. Filem yang diarahkan oleh Elite Zexer ini dibintangi oleh Lamis Ammar sebagai pelakon utama dan ditayangkan pada 25 Januari 2016.

7. Us and Them (2018)

fe674fbb bf7b 454e 8ca5 1dacf3386dcf
Diarahkan oleh penyanyi dan pelakon wanita Taiwan iaitu Rene Liu, Us and Them merupakan filem romantik Cina 2018 yang menandakan debut pengarahan Rene Liu. Filem ini dibuat berdasarkan getaran semula jadi dua orang asing sewaktu mereka bertemu di kereta. Setelah bertahun-tahun berpisah, mereka kembali mencuba untuk bersatu, tetapi kali ini mereka belajar tentang satu sama lain secara lebih mendalam. Dibintangi oleh Jing Boran, Zhou Dongyu, dan Tian Zhuangzhuang, filem ini ditayangkan pada 28 April 2018.

Demikian sahaja tujuh buah filem menarik yang ditayangkan di Netflix yang mungkin belum anda ketahui. Filem manakah yang akan anda tonton terlebih dahulu? Jangan lupa untuk menyaksikan filem-filem ini di platform rasmi Netflix ya! Selamat menonton.

Baca lagi: 10 Filem ‘Jenayah Sebenar’ Tentang Pembunuh Bersiri
Baca juga: 10 Filem Pemerdagangan Manusia Dengan Rating Tertinggi IMDb