Home Entertainment Bagaimanakah Nasib Detektif Seo Dalam Revenant Episod 9? Adakah Dia Selamat?

Bagaimanakah Nasib Detektif Seo Dalam Revenant Episod 9? Adakah Dia Selamat?

0

Revenant kini sedang menjadi tontonan kegemaran bagi para peminat Kdrama.

Perkara ini disokong dengan pencapaian rating Revenant yang sangat stabil dengan 2 digit. Episod 8, telah mendapat rating sebanyak 10.4 peratus di negara Korea Selatan.

Episod 8 Revenant di minit terakhir telah membuatkan para penonton cemas dengan kedatangan roh jahat berjasadkan Gu San Yeong (Kim Tae Ri) yang datang ke balai polis. Penonton mula bimbang dengan nasib Detektif Seo Mun Chun (Kim Won-hae), takut-takut jika terjadi sesuatu.

Kenapa penonton merasa resah dan bimbang bahawa nyawa Seo Mun Chun akan berakhir di tangan roh jahat? Berikut adalah beberapa teori tentang Detektif Seo Mun Chun dalam Revenant. Jom sama-sama kita lihat:

 

1. Siapakah Detektif Seo Mun Chun?

RevenantDetektif Seo Mun Chun bekerja di Balai Polis Metropolitan Seoul Divisyen Pasukan Penyiasatan Jenayah dan Kekerasan. Waktu ini, dia telah berusia 54 tahun dan tidak lama lagi akan pencen. Dia tidak pernah mendapat sebarang penghargaan sepanjang perkhidmatan.

Perkara tersebut bukan kerana dia tidak mempunyai kepakaran tetapi dia lebih tertarik dengan kes yang janggal untuk dirinya, contohnya kes bunuh diri yang pelik dan mencurigakan.

Dia juga seorang duda. Isterinya telah lama meninggal dunia sejak masih muda. Oleh sebab itu, dia menghabiskan kehidupannya di balai polis. Di dalam lacinya, tersimpan banyak kes aneh yang belum diselesaikan.

2. Hubungan Detektif Seo dan Yeom Hae Sang (Oh Jung Se)

5351d2d0 d4d4 4e14 9f57 caa85d9e3cceBoleh dikatakan hubungan Detektif Seo Mun Chun dan Yeom Hae Sang seumpama hubungan seorang pakcik dan anak saudara. Seo Mun Chun juga tahu bilakah hari lahir Yeom Hae Sang dan tidak pernah lupa memberikan hadiah. Hubungan kedua-duanya bermula saat Seo Mun Chun menangani kes ibu Yeom Hae Sang yang meninggal bunuh diri pada tahun 1995.

3. Usahanya dalam mengungkap kes kematian bunuh diri yang aneh

d839fe67 538f 446b 9ef8 fcfcf768092cSaat melihat kematian tertuduh penipuan suara, Seo Mun Chun teringat akan kes ibu Yeom Hae Sang. Dia menggali lebih dalam sampai dia menemukan kes yang pelik dan aneh, iaitu kes seorang kanak-kanak yang bernama Lee Mok Dan (Park So Yi) pada tahun 1958. Bersama juniornya, Lee Hong Sae, mereka banyak menemui kes bunuh diri dengan luka di pergelangan tangan sejak tahun tersebut.

4. Seo Mun Chun awal lagi sudah diperhatikan oleh roh jahat di episod 5

59848b2a ea21 4a20 b51b 3d1d4835dcebSaat berkunjung ke rumah Yeom Hae Sang untuk mencari fakta baru tentang kes bunuh diri yang pelik, dia sebenarnya sudah diawasi oleh roh jahat yang berdamping dalam tubuh Gu San Yeong (Kim Tae Ri). Perkara ini ditandakan dengan rasa ingin tahu mengapa polis tersebut datang. Namun, Yeom Hae Sang hanya menjawab atas urusan peribadi.

IMG 6838Episod 8 adalah puncaknya saat Seo Mun Chun menemui fakta baru bahawa ternyata Lee Mok Dan bukan anak kedua. Selang berapa lama kemudian ada orang yang mengetuk pintu balai polis. Yeom Hae Sang mengingatkan untuk tidak membuka pintu sebelum dia datang. Gu San Yeong yang saat itu bersama Yeom Hae Sang mengatakan bahawa ada mangsa di Balai Polis Metropolitan Seoul.

5. Potongan teaser melihatkan Lee Hong Sae menangis

e4fd976d f05f 4fc3 9be8 976c905d9faeKetukan pertama yang didengar oleh Seo Mun Chun adalah dari Lee Hong Sae. Manakala ketukan yang kedua adalah saat Seo Mun Chun bertanya siapakah di luar dan suara dari luar menjawab bahawa dia adalah Yeom Hae Sang. Lee Hong Sae membuka pintu ternyata Gu San Yeong yang saat itu sedang dirasuk oleh roh jahat.

IMG 6839

Ada potongan teaser dalam Revenant yang belum pernah ditayangkan di episod mana pun, menampilkan Lee Hong Sae yang marah melihat Gu San Yeong. Dalam keadaan menangis, lelaki tersebut lalu menarik lengan Gu San Yeong. Ada 2 kemungkinan dengan nasib Seo Mun Chun, iaitu meninggal dunia atau sedang dalam keadaan kritikal.

81b55fa0 c20c 4572 ba9b 2299a6d30afe

Nasib Detektif Seo dalam kdrama Revenant ini memang agak membimbangkan dan bermain-main di minda para penonton. Ramai yang berharap agar detektif tersebut selamat dari serangan roh jahat. Adakah Seo Mun Chun selamat atau dia juga menjadi korban dan meninggal dunia? Saksikan kelanjutan kisahnya di episod baru Revenant pada Jumaat dan Sabtu nanti ya! Lagi 4 episod!

Baca lagi: “Shadow Detective 2”, Kembali Dengan Kisah Thriller Pengintipan
Baca juga: 11 Filem Seram Korea, Pasti Meremang Bulu Roma