Home Entertainment 9 Fakta Mengenai Watak Ryeoun Dalam Kdrama Terbaru “Sparkling Watermelon”

9 Fakta Mengenai Watak Ryeoun Dalam Kdrama Terbaru “Sparkling Watermelon”

0

Tampan dan memiliki bakat lakonan yang memukau, Ryeoun berjaya memikat pada para peminat melalui watak-wataknya dalam drama siri. Pesona pelakon muda ini tidak dapat disangkal dan nampaknya nama artis ini semakin meningkat naik. Pada tahun 2023, ternyata dia terlibat dengan pelbagai projek lakonan.

Ryeoun telah mengesahkan penglibatannya dalam drama siri tvN yang akan datang iaitu Sparkling Watermelon. Drama siri Korea Selatan yang bertemakan pengembaraan waktu dan muzikal ini merupakan projek lakonan keduanya untuk tahun 2023 selepas muncul dalam Kdrama The Secret Romantic Guesthouse.

Sparkling Watermelon akan dilancarkan pada separuh kedua tahun 2023 di bawah arahan pengarah tersohor iaitu Son Jung Hyun, yang sebelum ini pernah menggarap drama siri Mental Coach Jegal (2022). Masih dalam proses penggambaran, jom sama-sama kita lihat dahulu fakta mengenai watak yang dibawa oleh Ryeoun dalam drama Sparkling Watermelon berikut ini:

4eafd4b4 1229 41a7 8f52 7dd4bebf731b1. Dalam drama siri terbaru yang akan datang iaitu Sparkling Watermelon, Ryeoun akan melakonkan watak utama yang bernama Eun Gyeol

Baca Lagi: “Taxi Driver 3” Kini Dalam Proses Perbincangan

7fd92d85 663d 4744 96f3 5f76443279872. Eun Gyeol merupakan seorang anak yang pintar yang dilahirkan oleh kedua ibu bapanya yang cacat pendengaran

919e9b3d 4c18 4010 baab 17bb42aa7ac83. Di sekolah, Eun Gyeol tergolong dalam kumpulan pelajar contoh dan teladan yang mempunyai kelakuan yang baik dan tidak pernah menyakitkan hati orang lain

df45a4b4 49b3 4636 986e 9691f84a9e424. Dalam diam, Eun Gyeol mempunyai hobi dalam bidang muslzik dan selalu berlatih bermain gitar setiap kali pulang dari sekolah

4afa1683 b614 422a ab90 017a828ad67a5. Pada suatu hari, Eun Gyeol tercampak ke masa lalu setelah mengunjungi sebuah kedai alat muzik

475288f7 d24c 47c5 bb75 3d5aed7a3d976. Ingin mencari tahu sebab dia terdampar di masa lalu, jejaka ini bertemu pula dengan Lee Chan (Choi Hyun Wook), Se Kyung (Seol In Ah), dan Chung Ah (Shin Eun Soo)

f4da2ba1 8054 4cc8 88df 59cb2e86cb5e7. Bersama dengan tiga orang individu mister itu, dia kemudian membentuk sebuah kumpulan muzik yang digelar sebagai Sparkling Watermelon

e7b07eca 5ca2 4fd0 b4ed 52e2ee63f7538. Sangat serasi berjuang bersama-sama dalam bidang muzik, apakah ikatan dan kaitan antara Eun Gyeol dan rakan-rakan dalam kumpulan muziknya?

8a21bc7f 346c 4a7c 9fe6 7f51b182473f9. Bakal menjadi drama siri dengan kisah yang segar khas untuk anak muda, sabar ya menunggu pelancaran drama siri Sparkling Watermelon

Go Yun Hwan atau lebih mesra disapa sebagai Ryeoun ini adalah pelakon yang dilahirkan pada 26 Ogos 1998, pelakon kacak ini memukau ramai dengan ketinggian 181 cm dan juha rupa paras menawan. Wajahnya yang mempesona serta kemampuan lakonan di kaca TV, Ryeoun dikagumi oleh ramai kaum hawa.

Baca Juga: Bae Suzy Jawab Soalan Tentang Perkahwinan