Home Entertainment Bae Suzy Jawab Soalan Tentang Perkahwinan

Bae Suzy Jawab Soalan Tentang Perkahwinan

0

Pelakon wanita yang juga merupakan seorang bintang idol, Bae Suzy, akan menginjak usia 30 tahun pada tahun 2023 ini.

Pasti sahaja pertanyaan tentang perkahwinan menjadi sesuatu yang kerap terdengar jika anda sudah memasuki usia 30-an. Lagi-lagi jika berstatus selebriti, warga Korea juga tidak sabar-sabar mahu melihat Bae Suzy naik pelamin dan pihak media sering bertanya tentang perkahwinan kepadanya.

Baru-baru ini, bekas anggota kumpulan Miss A itu diwawancara dan ditanya tentang pandangannya mengenai perkahwinan. Tanpa ragu-ragu Suzy menjawab soalan tersebut dengan penuh yakin. Pasti anda tertanya-tanya bagaimanakah jawapan bintang Start Up itu, jom sama-sama kita baca!

Bae Suzy menjawab bagaimanakah rasanya berumur 30 tahun

c0e41cae 18ed 47ac 809c 25dad6b2b864 1Menjelang comeback dramanya, Bae Suzy menjadi bintang jemputan dalam program Jo Hyun Ah’s Thursday. Program ini dibawakan oleh anggota Urban Zakapa Jo Hyun Ah dan episod baru dilancarkan di YouTube setiap minggu.

Dalam episod yang ditayangkan pada 6 April lalu, bintang utama Dream High ini berbicara tentang kariernya, pengalaman masa lalu, dan hubungannya pada masa depan. Bae Suzy berkongsi cerita mengenai perasaannya tentang perjalanan baru dalam hidupnya.
Bae Suzy menginjak usia 30-an. Bae Suzy mengatakan bahawa sejak usianya masih muda, dia sering berfikit untuk menjadi lebih tua.

“Saya memulakan debut pada usia yang masih sangat muda. Oleh sebab itu saya selalu rasa seperti ingin tua secepatnya dan menjadi lebih dewasa. Saya ingin menjadi lebih matang dalam perkara-perkara yang amat mengganggu (gosip, cabaran) dan menjadi lebih rileks dalam mengejar sesuatu,” ujar Bae Suzy.

Bae Suzy juga mengatakan tidak ada apa-apa yang berubah dan semuanya masih sama setelah berusia 30 tahun. Dia hanya menjadi bertambah tua setahun dan kini mula memiliki kedutan. Bae Suzy juga berasa lebih mencintai dirinya dan juga turut menjadi orang yang lebih baik pada setiap waktu!

Baca Lagi: 12 Pelakon Yang Berjaya Membawa Watak Playboy Dalam Kdrama

Adakah Bae Suzy akan berkahwin pada tahun 2024?

24be2be0 01e8 4611 b4f9 c1d177ee3099Sewaktu ditanya tentang perkahwinan, Bae Suzy secara tidak langsung mengaku bahawa dia pernah berkunjung ke tempat tilik nasib. Menurut fortune teller (penilik nasib), Bae Suzy akan berkahwin ketika dia berusia 31 tahun, perkahwinan tersebut bakal terjadi pada tahun 2024.

Bae Suzy tidak mempunyai masalah dengan jawapannya. Walaupun berpandukan kata-kata dari tukang tilik nasib sahaja, ternyata dia tidak segan silu untuk berkongsi perkara itu dengan orang ramai.

“Walaupun saya akan berkahwin pada tahun depan. Saya tidak akan pernah menyesal,” kata Suzy dengan penuh semangat.

Dia menganggap perkahwinan adalah perkara baik yang akan terjadi dalam hidupnya. Suzy juga telah memikirkan tentang majlis perkahwinannya dan dia mahukan tema garden wedding (majlis perkahwinan dalam taman).

Walau bagaimanapun, Bae Suzy juga berpendapat bahawa umur 31 tahun itu masih merupakan usia muda baginya untuk memulakan komitmen pada hubungan serius jangka panjang.

Bae Suzy akan membuat comeback dalam drama keluaran Netflix dengan tajuk Doona!. Dia akan melakonkan karakter yang bernama Lee Doona, yang merupakan anggota girl group terkenal dan memutuskan untuk berhenti dari penglibatan dalam dunia glamor.

Sejak dia meninggalkan kumpulannya, Lee Doona tinggal di rumah berdekatan dengan universiti tempat dia bertemu Won Joon (Yang Se Jong). Dia adalah pelajar biasa yang tidak memiliki banyak perkara menarik untuk dipamerkan dah ditonjolkan. Drama romantik ini akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2023.

Bekas teman lelaki Bae Suzy
a53ef198 4717 46de ae70 0ef790a9dd0dBae Suzy pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon kacak dan popular iaitu Lee Min Ho, pada tahun 2015. Hubungannya itu pertama kali disorot oleh lensa kamera Dispatch, sewaktu kedua-duanya sedang meluangkan masa bersama di kota London. Akhirnya mereka berdua telah mengesahkan hubungan istimewa tersebut dan menyulam cinta hingga tahun 2017.

Alasan putus kedua-duanya cukup klise iaitu kerana kesibukan masing-masing. Setelah putus dengan Lee Min Ho, Bae Suzy menjalin hubungan pula dengan Lee Dong Wok pada tahun 2018. Namun sayangnya, hubungan mereka hanya berkekalan selama empat bulan sahaja kerana alasan sama iaitu kesibukan masing-masing.

Baca Juga: 9 Selebriti Korea Yang Pernah Digosipkan Dengan Anggota BLACKPINK